Teks : Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar : Google
Assalamualaikum dan salam ceria di petang Khamis.
Memandangkan hari ni cuaca berada dalam keadaan baik, mood Jiha pn turut sama baik juga.
Hehe. Boleh pulak ye macam tu.
Ok,arini jiha suka nak bercerita tentang sesuatu ... tentang apa ? tentang kehidupan ... kita sebagai manusia seringkali melihat masalah itu sebagai hal yang membebankan ... tapi sedarkah kita bahawa yang memberikan cabaran,masalah dan dugaan maha hebat itu adalah Allah s.w.t ? Bila kite tak menerima takdir yang Allah dah takdirkan untuk kita dengan mengatakan bahawa Allah itu tak adil , itu bererti kita jugak menolak hakikat kewujudan Maha Pencipta serta terlupa atas dasar apakah kita Ini MANUSIA diciptakan di atas muka bumi ni ... tiada lain melainkan menjadi khalifah Allah untuk saling membimbing sesama kita bagi menuju ke arah kebaikan untuk mendapat keredhaan-Nya di dunia serta mendapat syafaat di akhirat kelak ...
" Kenapa ye tiap orang dijadikan Allah dengan bentuk fizikal yang berbeza-beza?sifat dan sikap yang berbeza?Kalau sama mesti aman je dunia ni ... "
Hurm???
Sure ke bile semua orang kat dunia ni macam yang korang fikirkan,dunia ni akan aman?Kita ambik perumpamaan kecil ... adik beradik kembar or twins ... Mereka terdorong untuk punyai sikap dan sifat yang sama tetapi mengapa maih timbul hal saling membenci sesama sendiri,cemburu itu dan ini serta mampu melakukan apa sahaja asalkan dapat apa yang diingini..
Haa kat sini lah yang Allah nak tunjukkan kepada kita tentang kekuasaan-Nya menciptakan manusia dengan pelbagai watak dan gaya supaya kita belajar untuk menghargai dan bersyukur apa yang ada dalam hidup kita tika dan saat ini.Dalam masa yang sama menyuruh kita untuk belajar dan terus belajar,teroka dan terus teroka isi kandungan dunia yang maha luas ini supaya kita sedar bahawa hidup ini terlalu indah untuk disyukuri,penuh ranjau dan duri untuk ditelusuri namun hasilnya nanti adalah sesuatu yang perlu anda kagumi sebagai seorang insan yang bergelar MANUSIA ...
SUBHANALLAH ... :)
Terapi Jiwa Pada Hari Ini :
" Kalau Allah tak sayangkan kita,kenapa kita masih lagi hidup hingga kini ? Dengan keadaan fizikal dan mental yang sempurna,hidup pun bahagia biarpun secara bersederhana...Ingatlah,apa yang Allah dah takdirkan untuk kita sememangnya adalah yang terbaik untuk kita.Cume kite je yang tak sedar dan sering kufur nikmat...Nak bolot semuanya sampai terlupa yang di belakang .. "
p/s : Ingat dari mana datangnya kita,sentiasa ingat asal-usul kita sebelum lahir ke dunia supaya kita tak lupa untuk bersyukur atas segala nikmat kurniaan-Nya...