Friday 4 October 2013

Kuat Manusia Pada Hatinya

Teks : Siti Nornaziha Binti Md Suib

Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat. Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini. Kehidupan yang dijalani seharian semakin hari semakin jelas hala tujunya. Tidak seperti sebelumnya yang sering terhenti di tengah perjalanan. Tak mampu nak teruskan kerana jalan yang mahu dituju itu kelihatan samar dan kelam. Tetapi,syukur alhamdulillah Allah masih sayang diri ini. Diberinya petunjuk dan kemudahan kepada saya untuk saya lalui hari-hari mendatang dengan penuh kesabaran serta cekal hati.

" Waktu tidak pernah cukup bagi manusia untuk melakukan semua kesalahan, jadi belajarlah dari kesalahan-kesalahan orang lain supaya kita tidak melakukan kesilapan yang sama pada masa hadapan " .