Showing posts with label Ulasan Ebook (ABDR). Show all posts
Showing posts with label Ulasan Ebook (ABDR). Show all posts

Friday, 7 November 2014

Ulasan Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

Bisnes online bukanlah perkara baru dalam diari kehidupan saya. Saya telah berbisnes secara online sejak tahun 2011. Pelbagai ragam pelanggan telah saya temui. 
Oleh itu, atas dasar ingin menambah ilmu dalam Khidmat Pelanggan, apabila Puan Masayu Ahmad melancarkan eBook terbaru beliau iaitu Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online saya tidak membuang masa untuk mendapatkan naskah tersebut!
Di sini, saya ingin kongsikan ulasan eBook Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online dengan anda semua. Semoga ia bermanfaat buat kita bersama, InsyaAllah. Cara penyampaian di dalam eBook tersebut adalah ringkas dan padat. Ia mudah difahami dan semasa membacanya kita dapat membayangkan apa yang ingin penulis sampaikan.

Kita juga pasti tidak sabar untuk mempraktiskan ilmu yang diperolehi daripada eBook ini untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan. Mungkin anda juga seperti saya, sambil membaca eBook ini, saya sempat termenung kerana bermuhasabah diri mengimbas kembali di mana kelemahan saya dalam skil khidmat pelanggan. 
Contohnya dalam Bab 6: Menghargai Pelanggan.
Ikhlas dan Senyum – “Sapa bakal pelanggan/pelanggan dengan senyuman. Mudah sahaja, letak sahaja ikon senyum apabila berbicara dengan pelanggan walaupun hanya mesej melalui talian online. Gunakan ia sebaiknya. Senyuman itu membenarkan kita berurusan dengan baik dengan pelanggan. Ia adalah penghargaan yang cukup mudah. Mungkin sebelum ini kita merasakan bahawa perkara ini adalah perkara remeh dan tidak penting! Tapi, sebenarnya ia memberi impak yang sangat besar. Jika kedai fizikal sekalipun, jika peniaga bermuka manis dan sentiasa senyum kita pun rasa selesa dan bersemangat hendak membeli! Jika sebaliknya? Terus rasa hendak keluar dari kedai kan? eBook ini juga berkongsi RAHSIA memikat hati bakal pelanggan/pelanggan bermula daripada sebelum mereka menjadi pelanggan, setelah menjadi pelanggan dan bagaimana memikat mereka untuk menjadi pelanggan setia!

Pelanggan setia akan membuat pengulangan membeli produk malah mereka juga selalunya akan menjadi ‘agent pemasaran’ kita secara tidak langsung iaitu melalui ‘viral’ di media social atau ‘mouth to mouth’. Contohnya ialah apabila mereka membeli tudung yang kita jual, rakan mereka mungkin tertarik lalu bertanya di mana tudung itu dibeli. Jawabnya ialah “online” lalu ‘memperkenalkan’ blogshop atau facebook page kita. Bukankah itu menguntungkan kita? Lebih menguntungkan lagi jika pelanggan kita itu memuji kita kerana layanan yang baik dan senang berurusan dengan kita. Pasti ia menambah kepercayaan dan keterujaan orang lain untuk membeli dengan kita.

Banyak lagi RAHSIA yang perlu kita ketahui untuk meningkatkan mutu khidmat pelanggan yang akan diperolehi melalui eBook ini. Jika anda mempunyai staf yang menguruskan bisnes online anda, anda patut memberikan eBook ini kepada mereka juga. InsyaAllah, ia akan memberikan manfaat untuk perniagaan anda. Anda tidak akan rugi memilikinya!
Tahniah Puan Masayu Ahmad!


Siri 1 (terbit 25.9.2014)

RM30 (untuk pembeli 40 terawal sahaja)

Pembelian dengan harga RM30 akan menerima bonus 1 ebook lain
Harga selepas ini RM50


sitinornaziha@gmail.com


Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

Bab 1: Urusniaga Online

Bab 2: Mengembirakan Pelanggan

Bab 3: Membina Keyakinan pelanggan

Bab 4: Menawan Hati Pelanggan

Bab 5: Menghargai Pelanggan

Bab 6: Kuasa Khidmat Pelanggan

Bab 7: Khidmat Pelanggan Profesional

Bab 8: Kuasa Suara Dan Gerak Hati

Bab 9: Tingatkan Bilangan Pelanggan Setia 


Bab 10: Tingkatkan Keuntungan Dengan Kuasa Pelanggan Gembira

Ulasan Ebook Super Wham Super Mom

EBOOK SUPER WAHM SUPER MOM

Teks: Norliza Tomiran

Assalammualaikum
Harga RM25

Alhamdulillah..kini saya selesai membaca ebook ini. Ebook yang membuat saya terfikir tentang `SUPER`.Adakah  perkataan `SUPER` ini boleh membuat kita jadi `Super Woman`. Cuba menjadi bijak menguruskan masa, keluarga dan diri. 

YA!!..EBOOK INI
 MEMBERI PANDUAN DAN KITA MENGURUSKAN

Ebook ini amat-amat sesuai bagi surirumah mahupun wanita yang bekerjaya. Ibarat untuk orang yang sibuk khususnya wanita. Ebook ini banyak memberi panduan tentang pengurusan masa, tenaga,motivasi serta nilai-nilai murni melalui perkongsian berpengalaman. Adakah seronok berkerja di rumah??.. Ebook ini ada jawapannya.

  Ebook ini membuka jalan pada saya dalam menguruskan masa. Ini kerana saya berhenti kerja selepas melahirkan anak pertama saya. Di susuli anak ke 2 selepas setahun. Saya mempunyai minat menjahit. Alhamdulillah, saya dapat berguru. Tetapi bab pengurusan masa adalahmasalah utama saya. Alhamdulillah, kini saya ada panduan itu.

  Saya juga mempunyai masalah tenaga. Bila dah penat, saya akan stress. Bila banyak yang saya hilang terutama minat serta matlamat saya. Badan penat, hendak menjahit jadi malas, maka matlamat hilang..rugi bukan??. Ebook ini memberi saya cara merawat stress saya. Motivasi serta nilai-nilai positif juga memberi saya semangat.

  Saya suka membaca kisah Puan M dalam ebook ini. Berhenti kerja di saat-saat ekonomi keluarga tidak kukuh serta tahap  kesihatan yang merosot. Tetapi berkat usaha, ikhtiar, doa serta tawakal kini dia telah pun berjaya. Malah urusannya hanya di rumah. Tidak percaya bukan??. Begitu juga saya. Tetapi bila pengalaman yang di kongsikan, ia memberi suntikan baru kepada saya. Malah pengalaman orang lain juga dapat membuka jalan kepada kita.

    Dahulu saya hanya tahu `full housewife`. Kini ebook ini membuka minda saya lebih dari `full housewife`, Ebook yang menerangkan dengan lebih lanjut serta mendalam tentang:
  • WAHM (Work At Home Mom)
  • SOHO (Small Office Home Office)
  • SAHM (Study At Home Mom)
  •  SAHM (Stay At Home Mom)
Ebook ini memberi panduan pada saya bagaimana menjana pendapatan melalui minat serta dari rumah. Yang pasti belajarlah dengan yang Pakar. Pakar bermaksud mahir serta berpengalaman dengan minat saya. Malah kita perlu sedia menerima kritikan serta positifkan diri. Ebook yang mengajar serta mendapat hasil dari BEKERJA DENGAN JIWA DAN SEPENUH JIWA.

  Jadi, kini tiada istilah duduk rumah tidak boleh dapat duit..bukan?? Malah surirumah seperti saya juga boleh membantu meningkatkan ekonomi keluarga. Yang penting ada panduan, rangka strategi  serta mengurusan masa.

    Dalam  EBOOK SUPER WAHM SUPER MOM telah panduan dengan syarat asal kita tidak kedekut masa serta malas membaca. Membaca jambatan ilmu. Semoga Ebook ini dapat membantu anda juga.

Kandungan  Ebook Super Wahm Super Mom

Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho

Bab 2; Mengambil keputusan bekerja dari rumah 
2.1 Sudah tidak ada hati bekerja
2.2 Persediaan asas
2.3 Langkah bijak Aida Fadzlin sebelum berhenti kerja
2.4 Puan M berkongsi dilema

Bab 3: Kisah Inspirasi Wahm, Soho 
3.1 Norhanita Bahrom. Gobok Boutique
3.2 Fauziah Ahmad, 
3.3 Farah Hafizah 
3.4 Norazizah Ruslan-Business & health advisor
3.5 Lyna Noh - Malaysian Mums Biz Network
3.6 Faziatun Nisa Chocville Online Choc Boutique
3.7 Durra Mohamed Jamri 
3.8 Hani Arziana-SoHoIBU
3.9 Noor Hidawati
3.10 Harlinda Halim-Malaysian Work-At-Home-Mom Community
3.11 Nadzura Sabry

Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi 
 4.1 Bekerja di rumah tanpa pembantu
4.2 Urus stres dengan super gembira
4.3 Cabaran bekerja dengan anak kecil
4.3 Norhafizah Madzlan-cabaran mengurus enam anak
4.4 Zaila, berkorban kerjaya demi keluarga
4.5 Norain Kanafi

Bab 5: Tips sukses urus masa
  5.1 Pengurusan masa untuk wanita
5.2 Ibu super sibuk, tips terapi diri
5.3 Urus masa keluarga
5.3 Sibuk yang fleksibel

Bab 6 : Tips urus tenaga super mama 
 6.1 Tenangkan diri, jangan stress, stres!
6.2 Fokus kepada matlamat
6.3 Rawat dan rehat

Bab 7: Tips urus rumah tangga 
7.1 Mengawal semangat yang teruk
7.2 Perlukah pembantu rumah?
7.2 Cari kelainan untuk segarkan urusan rumahtangga
7.3 Kelaziman surirumah yang menyeronokkan

Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat 
 8.1 Setiap orang ada satu kisah
8.2 Bekerja dengan jiwa
8.3 Mengekalkan momentum motivasi
8.4 Kisah teladan sepanjang zaman

Thursday, 6 November 2014

Ulasan Ebook Mula Bisnes Butik Online / Offline

Teks : Anys Idayu Zakaria

Bagi yang minat menjahit, minat mereka pakaian, minat menjual kelengkapan dan aksesori anak-anak, saya pasti ada juga berangan-angan dan mempunyai impian untuk membuka dan memiliki butik sendiri. Apa kata baca sedikit ulasan pembaca mengenai Ebook Mula Bisnes butik offline / online ini. Semoga dengan memilik ebook ini dapat memberi sedikit gambar sebenar bagaimana untuk menguruskan butik

Sepertimana yang kita sedia maklum, aktiviti jual beli secara online di Malaysia mencatatkan perkembangan yang memberangsangkan dari semasa ke semasa. Pada hari ini membeli barangan-barangan fizikal melalui internet telah menjadi satu gaya hidup yang biasa oleh pengguna internet di Malaysia ini.Dengan kemudahan hanya di hujung jari terdapat lambakan produk online  boleh kita temui di internet. Pada tahun 2012 sahaja dianggar kan 50% rakyat Malaysia membeli belah secara online. Hanya melihat di skrin computer sahaja mereka dapat membuat perbandingan produk dari segi harga dan kualiti material tanpa perlu bersesak-sesak  dengan jem dan berebut-rebut parking kereta di samping dapat menjimatkan masa.

Oleh itu, sebelum memulakan apa-apa bisnes pun ilmu itu amat penting. Tanpa ilmu perniagaan seperti berlayar tanpa arah tuju. Justeru itu, Ebook ini diterbitkan untuk membantu mereka di luar sana yang bercita-cita untuk memulakan bisnes butik secara online mahupun offline. Ebook ini boleh memberi gambaran dan tunjuk ajar kepada bakal usahawan butik agar dapat melengkapkan diri  dengan ilmu terlebih dahulu sebelum melangkah ke dunia perniagaan yang penuh berisiko. Justeru itu,penting untuk menentukan produk mana yang kita paling minat dan mendapat permintaan tertinggi kerana dari situ akan memudahkan kita melakukan perniagaan dengan bersungguh-sungguh dan komited.

Memulakan langkah dengan mencari sumber bekalan produk dan pastikan modal yang mencukupi  untuk aktiviti perniagaan. Kemahiran asas bisnes juga perlu dimiliki oleh bakal usahawan butik supaya dapat melancarkan urusan bisnes. Langkah demi langkah di huraikan secara mendalam  dalam Ebook ini supaya bakal usahawan dapat membuat analisa dan perbandingan sebelum memulakan perniagaan. Tidak kira bidang perniagaan apa pun yang anda ceburi Ebook ini dapat membuka minda anda dalam membina empayar perniagaan.Anda pasti tidak akan merasa rugi memiliki Ebook ini kerana isi kandungan yang padat dan mantap terserlah dalam penulisan Puan Masayu.
RM50.00

EBOOK MULA BISNES BUTIK ONLINE / OFFLINE 

Bab 1: Pengenalan bisnes
1.1 Ringkasan bisnes butik
1.2 Rangkaian industri butik
1.3 Ciri-ciri butik

Bab 2: Kemahiran 

2.1 Kenali bakat, hobi kepada bisnes
2.2 Kemahiran dalam bisnes
2.4 Ambil peluang bisnes secara online
2.5 Kuasai kaedah promosi sepanjang tahun

Bab 3: Barang mentah/ Sumber bekalan (15 muka surat) 

3.1 Fokus produk (niche)
3.2 Sumber pemborong produk, senarai pembekal, lokasi
3.3 Peralatan kelengkapan butik (jenis produk, jualan borong, runcit, pembekal produk)
3.4 Panduan produk dan khidmat pelanggan

Bab 4: Modal (15 muka surat) 

4.1 : Modal Untuk Bisnes Skala Kecil
4.2 : Contoh Kaedah Kumpul Modal
4.3 : Strategi Pengurusan Modal
4.4: Sumber Pinjaman

Bab 5: Siapa pelanggan/sasaran (16)
5.1 Mengenalpasti sasaran pelanggan
5.2 Panduan khidmat pelanggan
5.3 Kemahiran khidmat pelanggan
5.4 Cara menjual kepada setiap pelanggan

Bab 6: Pendaftaran bisnes

Bab 7: Pengurusan bisnes (10 muka surat) 

7.1 : Pentadbiran
7.2: Operasi- pengendalian stok, pameran di butik, pengurusan pekerja, kaedah jualan
7.3: Pengurusan Kewangan
7.4: Panduan Pengurusan Profesional

Bab 8: Harga tawaran (11 muka surat)

 8.1 Kaedah penentuan harga
8.2 Contoh penentuan harga
8.3 Mempelbagaikan jualan- konvensional dan online

Bab 9: Promosi/pemasaran (16 muka surat)
9.1 Kaedah promosi & pemasaran
9.2 Strategi promosi butik
9.3 Strategi promosi butik
9.4 Tip promosi dan pemasaran


Bab 10: Organisasi/ badan berkaitan
10.1: Bisnes yang ada kaitan dengan bisnes butik
10.2: Jaringan usahawan- forum online, persatuan
10.3: Organisasi yang perlu disertai usahawan Bab 11: Pengalaman bisnes
11.1 Alasan perlu buka butik
11.2 Pengalaman bisnes 1, Abaya Elegen, Norhaniza Taib
11.3 Pengalaman bisnes 2: Ely Suhaili Punari
11.4 Kisah Inspirasi Butik Al-Ikhsan

Monday, 3 November 2014

Kuasai Khidmat Pelanggan

Teks: Masayu Ahmad

pn.masayu@gmail.com

Setiap pelanggan mempunyai citarasa, kemahuan yang berbeza. Ada yang mudah diurus, ada juga yang cerewet. Sudah tentu melayan pelanggan yang cerewet memerlukan kemahiran perhubungan awam yang baik. Usahawan tidak perlu beremosi apabila dimarah-marah pelanggan. Sudah tentu ada cara melayan pelanggan yang pelbagai cita rasa dan kerenah.

-Meningkatkan kesetiaan pelanggan
Usahawan harus biajak menjadikkan pelanggan terus setia bersama. Bagi mengikat hati pelanggan, sesekali buatlah tawaran potongan harga atau memberi harga istimewa bagi membalas kesetiaan pelanggan. Sentiasalah memberitahu perkembangan terkini syarikat, sama ada tentang produk baru, jualan potongan harga, pertemuaan istimewa bersama pelanggan.

-Menjaga integriti
Menjaga maruah pelanggan adalah salah satu usaha memberi gambaran imej seorang usahawan yang jujur. Contohnya bagi pengusaha kecantikan yang menawarkan perkhidmatan urut badan. Sudah tentu perlu menutup kelemahan pelanggann dengan tidak bercerita kepada pelanggan yang lain. Ini membuatkan pelanggan selesa dan berulang kali menggunakan perkhidmatan yang sama.

-Menjaga hubungan dengan pekerja
Walaupun anda hanya menjalankan bisnes dari rumah, pada satu peringkat bisnes akan berkembang dan anda memerlukan pembantu. Anda perlu menjelaskan kepada pembantu semasa dalam proses temuduga awal. Berkongsi maklumat tentang visi dan misi dalam bisnes dengan jelas. Pembantu juga boleh didedahkan dengan persekitaran kerja dan garis panduan bekerja yang anda mahukan.

Hubungan sebagai majikan, anda perlu memberikan skop tugasan yang jelas kepada pekerja. Bayaran yang bakal mereka terima juga perlu diberitahu awal dalam sesi perbincangan persetujuaan kedua belah pihak. Sebaik-baiknya memberikan skop tugasan secara bertulis untuk memudahkan pembantu merujuk jika menghadapi masalah. Walaupun bisnes dari rumah yang dikendalikan adalah skala kecik tetapi menjaga pekerja sama seperti menjaga kesinambungan bisnes agar terus sukses.

-Memudahkan pelanggan untuk membeli
Berurusan melalui emel dengan pelanggan atas urusan bisnes, maklumat dan perkembangan terkini produk jualan. Anda perlu menyegerakan pesanan dan penghantaran. Dalam kes-kes tertentu usahawan boleh bertanya pelanggan untuk mengetahui status terkini barang sudah sampai dengan selamat atau sebaliknya.

Bagi pelanggan yang baru atau pelanggan setia, anda boleh membuat survey produk apa yang dingini dan pakej bagaimana yang dia suka. Boleh juga memberi kupon harga istimewa atau keratan iklan promosi sepanang tahun dalam bawang yang sudah dipesan untuk pembelian seterusnya.

-Memberi informasi yang jelas
Salah satu perkara yang tidak boleh diambil mudah ialah memberi penerangan yang jelas tentang produk, terma dan syarat tempahan dan bayaran, status berkaitan barang rosak, tidak boleh dipulangkan selepas pembelian, status barang yang dihantar serta khidmat nasihat susulan selepas menggunakan produk

Miliki Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan Online

Siri 1 (terbit 25.9.2014)
RM30 (untuk pembeli 50 terawal sahaja)

Harga selepas ini RM50

sitinornaziha@gmail.com


Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

Bab 1: Urusniaga Online



Bab 2: Mengembirakan Pelanggan


Bab 3: Membina Keyakinan pelanggan

Bab 4: Menawan Hati Pelanggan

Bab 5: Menghargai Pelanggan

Bab 6: Kuasa Khidmat Pelanggan

Bab 7: Khidmat Pelanggan Profesional

Bab 8: Kuasa Suara Dan Gerak Hati

Bab 9: Tingatkan Bilangan Pelanggan Setia 

Bab 10: Tingkatkan Keuntungan Dengan Kuasa Pelanggan Gembira
 
Siri 1 (terbit 25.9.2014)

RM30 (untuk pembeli 50 terawal sahaja)

Harga selepas ini RM50

sitinornaziha@gmail.com

Thursday, 23 October 2014

Ulasan eBook : Rahsia Khidmat Pelanggan Usahawan Online

Teks : Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar : ABDR

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Alhamdulillah, dengan izin Allah saya masih diberikan kesempatan untuk bernafas dan menikmati bumi Allah yang Maha Kaya ini. Semoga Allah merahmati setiap amalan yang kita lakukan di dunia ini sebagai bekalan untuk dibawa ke akhirat kelak. Aamiin.


Pertama sekali, terima kasih diucapkan kepada Puan Masayu Ahmad yang merupakan pengasas Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) atas peluang dan penghormatan yang diberikan kepada ahli ABDR untuk memberikan ulasan di dalam eBook terbarunya berjudul Rahsia Khidmat Pelanggan Usahawan Online. Saya sebagai salah seorang ahli ABDR juga tidak mahu ketinggalan mahu mendapatkan naskhah ini juga demi memperbaiki diri menjadi seorang usahawan muda berilmu serta berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak. InsyaAllah. Mohon doanya ya rakan-rakan.

            Ketika membaca eBook ini yang sarat penuh informasi dan coretan pengalaman para penjual dan pembeli online buat diri ini terkedu seketika. Hati kecil berbisik “Inilah yang aku lalui ketika baru mula menjalankan perniagaan online secara kecil-kecilan pada pertengahan tahun 2012”. Berbekalkan Diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan, saya nekad mahu memulakan perniagaan online sendiri. Terasa diri sudah cukup bersedia mahu mengharungi dunia baru, mahu bergelar usahawan muda dalam kadar segera. Ikut cara sendiri sahaja. Sehinggalah pada satu tahap, saya mula berasa kosong jiwa. Serba tidak kena dan tidak menjadi. Modal habis banyak, untung tidak seberapa. Lantas saya teringat kata-kata seorang tokoh usahawan terkenal di Malaysia yang cukup kuat melekat di kotak fikiran saya hingga ke hari ini, “anak muda ini darahnya cepat panas. Mahu cepat dalam segala hal dan tidak berfikir panjang. Pasti hasilnya juga nanti tidak akan menepati piawaian yang telah ditetapkan. Ilmu teori sahaja tidak mencukupi. Perlu ada asas praktikalnya juga”.

Terdiam saya dibuatnya. Memang benar belaka. Itulah yang baru dikatakan sebagai usahawan berilmu. Akhirnya saya sedar bahawa saya telah pun gagal pada waktu itu.

            Secara jujurnya, eBook ini menceritakan segalanya. Susun atur plot penceritaan juga menarik minat pembaca untuk kekal meneruskan pembacaan sehingga ke akhirnya. Permulaan penceritaan dimulakan dengan perbezaan antara perniagaan Online dan juga Offline. Penulis mahu pembaca tahu dan sedar bahawa Bisnes Online juga mampu menjana pendapatan lumayan sama seperti Bisnes Offline juga asalkan kena pada caranya. Diakui cabaran yang dihadapi para peniaga Online juga tidak kurang hebatnya, penulis memberikan beberapa tips mudah mengenai cara mahu mengatasi setiap masalah yang timbul sepanjang sesi jual beli berlaku bersama para pembeli. Segalanya menjadi mudah dengan adanya toleransi dan persefahaman yang baik antara kedua-dua belah pihak baik di pihak penjual mahupun di pihak pembeli. Pada helaian di bab berikutnya, penulis mula mengembangkan penceritaan dengan mula memberikan tips penting perihal bagaimana mahu menggembirakan pelanggan, membina keyakinan, menawan hati serta menghargai pelanggan hingga menjadi pelanggan setia. Bagi saya bab ini sangat penting dalam sesebuah perniagaan. Pelanggan adalah tonggak ekonomi sesebuah perniagaan. Jatuh bangun sesebuah perniagaan itu bergantung kepada jumlah pelanggan yang datang membeli baik pelanggan baru mahupun pelanggan setia. Memetik sebaris kata daripada penulis di dalam eBook ini “tanpa pelanggan, siapalah kita”. Cukup ringkas tapi penuh makna tersirat di sebaliknya.

            Selepas habis membaca eBook ini, seolah-olah saya telah mendapat satu suntikan semangat yang baru. Dulu saya terlalu fokus kepada produk yang dihasilkan dan kurang mengambil berat perihal citarasa pelanggan. Skil komunikasi juga tidak begitu baik. Tetapi selepas membaca eBook ini, saya sudah tahu apa yang perlu dilakukan selepas ini. Terima kasih sekali diucapkan kepada penulis kerana telah memberikan ruang dan peluang untuk saya membuat sedikit ulasan mengenai eBook ini. Saya doakan semoga Puan Masayu  Ahmad dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan dalam hidup dan dapat berterusan memberi manfaat kepada saya dan juga anda semua. Jadi apa tunggu lagi? Segera dapatkan buku ini pada harga yang cukup berpatutan dan pastinya mampu dimiliki oleh setiap orang. Sekian, terima kasih. J