Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts

Sunday, 21 January 2018

Memancing Ketika Ombak Bergelora Di Pantai

Teks : Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar : Siti Nornaziha

Assalamualaikum & selamat malam to all viewers and bloggers.

Alhamdulillah, perut pun dah kenyang. Kita layan Bintang Bersama Bintang dekat tv3 dulu. Sambil tu Jiha nak throwback cerita pagi tadi.

Alkisahnya jiha temankan Encik Suami dengan abang Iwan (kawan Encik Suami) pergi pertandingan memancing.
Jiha belanja sikit gambar Encik Suami dengan joran kesayangan dia tu..

Gaya.Mutu.Keunggulan

Gambar bawah ni pula pemandangan pantai dengan puluhan joran daripada peserta yang datang bertanding. Jiha ingat nak belanja video sekali tapi macam tak berapa nak lepas. Jiha bagi gambar dulu lah ye.


Tanjung Gosong,Pekan,Pahang

Ombak agak kuat jugak. Tak sesuai untuk mandi manda. Air pun agak keruh. Kalau musim pantai tak berapa bergelora, memang cantik warna air dengan gulungan ombaknya.

Overall, pengalaman pertama tengok pertandingan memancing memang sangat menyeronokkan. Batang joran semua power2. Macam-macam style ada. Insyaallah, untuk next match yang akan datang jiha nak ikut lagi. Huhu..

Ok, setakat ni dulu catatan pengalaman jiha. Esok kita sambung lagi.

Tuesday, 10 March 2015

Pengalaman Kena Hafal Surah Yaasin

Teks : Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar : Sumber FB Jauhar


Teringat kenangan zaman Darjah Khas dulu.
Masa itu sekolah Agama saya Darjah 6. Nak naik Darjah Khas kena hafal Surah Yaasin lepas itu baca depan cikgu. Kalau cikgu tak puas hati kena ulang semula bacaan. Alhamdulillah saya lulus masa itu. Huhuhu.
Kalau contohnya sangkut masa Darjah 4, tahun depan duduklah di Darjah 4 sampai lulus untuk naik Darjah 5. Kadang-kadang ada yang sampai ambil peperiksaan 2 hingga 3 kali. Bukan senang nak lepas peperiksaan sekolah Agama di negeri Johor ini sebab level dia boleh tahan tinggi.
Nak jadi cikgu Agama di Johor boleh guna sijil Darjah Khas sahaja. Ambilan cikgu sementara selama 3 bulan untuk mengajar di sekolah Agama pun masih dibuka jika ada kekosongan tempat. Syarat minimum asalkan ada sijil Darjah Khas. Boleh cek dekat Portal Pendidikan Batu Pahat untuk info lanjut..
p/s : Subjek Munakahat subjek paling digemari sebab pasal Nikah Kahwin. Subjek-subjek lain macam Jenayat , Faraid dan Tassawuf.. Rasanya ada dekat 6-7 subjek jugak utk Darjah Khas ni. 

Ok itu sahaja nak cerita untuk hari ini. Bersambung di lain waktu. Assalamualaikum... :)

Thursday, 27 November 2014

Tanda Migrain Dan Cara Mengatasinya

Teks : Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar : Google


Assalamualaikum. Hari ini saya nak tulis entri tentang :

MIGRAIN !

Memang pedih rasanya apabila perlu merasai dan mengharungi detik-detik sukar sepanjang tempoh migrain ini datang menjengah. Pedihnya memang tak boleh nak kata apa. Sampai satu tahap saya terpaksa hantuk kepala dekat dinding disebabkan kesakitan yang teramat sangat.


Bagi meredakan sedikit kecelaruan akal dan jiwa akibat migrain berpanjangan ini, saya suka nak berkongsi fakta mengenai penyakit migrain ini dengan lebih mendalam lagi. Jom sama-sama kita dalami ya.

Common Migraine
Common Migraine lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal.

Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Punca utama berlakunya migraine ialah:


1) Pemakanan
Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan kamu diserang migraine kerana ada diantara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.

2) Hormon
Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa, dan selepas haid akan menyebabkan sering diserang sakit kepala.


3) Cara Hidup
Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.

Lihatlah sahabatku sekalian. Sekelip mata sahaja kita boleh dapat penyakit migrain ni. Paling utama kena pandai kawal tekanan supaya migrain yang dah sedia ada ini tak jadi lebih teruk lagi. Tapi tak apa, sebagai salah seorang penghidap migrain, saya akan kongsikan sedikit sebanyak cara nak kawal migrain ni supaya tak jadi lebih teruk lagi.

Check it Out !


Mengawal pemakanan harian, kurangkan stress dengan bersenam, amalkan cara hidup 
teratur, berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migrain. Mulakan mandian dari bawah keatas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migrain. 

Jangan biarkan sakit kepala berlarutan kerana mungkin akan menyebabkan migraine. Kalau kita mencapai tahap kritikal migraine, boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitive kepada bunyi dan cahaya.

Sumber: Buku Perubatan Moden

Begitulah sedikit sebanyak fakta dan artikel yang saya nak kongsikan pada hari ini. Harap dapat bantu anda menangani masalah ini dengan sebaiknya ya. Jangan biarkan melarat sebab sekali dah kena migrain, memang agak sukar nakbaik dan kena kawal betul-betul untuk elakkan daripada berulang semula dalam kadar yang kerap.

Thursday, 30 October 2014

Pengalaman Pertama Menyanyi Di Hadapan Pelajar Junior

Teks : Siti Nornaziha Binti Md Suib
Video : Youtube

Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah, pagi ini rasa nak mengimbau kenangan ketika zaman sekolah dulu. Satu kenangan yang agak sukar nak dilupakan sehingga kini iaitu menyanyi buat pertama kalinya di hadapan orang ramai.

Nak tahu apa lagunya?

Ini dia.

Misha Omar  Nafas Cahaya

Video ini pendek sahaja durasinya. Kalau nak dapatkan versi penuh, boleh dengar di youtube ya. 

Inilah lagunya. Percaya itu tidak itulah kenyataannya. Sampai sekarang masih tak boleh lupakan lagi. Lagu ini saya nyanyikan ketika masih belajar di SM Teknik Segamat, Johor. Masa itu saya agak aktif juga dalam berpersatuan. Dapatlah pegang jawatan Exco Kurikulum Sesi 06/07 di bawah Majlis Perwakilan Pelajar Asrama.

Saya ingat lagi ketika itu di dewan utama sekolah. Para exco tengah sibuk dengan tugasan masing-masing dan birai pentas pula memang tertutup masa itu. Entah angin dan semangat apa pula yang masuk dalam diri, tiba-tiba saya rasa nak menyanyi pula. Waktu itu, lagu Nafas Cahaya memang menjadi kegilaan saya. Tambahan pula adik-beradik saya selalu cakap yang suara saya macam Misha Omar sikit-sikit. Apa lagi, semakin bersemangatlah saya untuk mendengar dan hafal setiap koleksi lagunya. 

Saya cakap dengan kawan yang saya nak menyanyi tapi belakang tabir sahaja. Maksudnya, birai itu biarkan sahaja tertutup dan saya akan menyanyi di belakang tabir. Pentas dewan sekolah itu agak besar juga. Saya dah agak bersedia untuk menyanyi. Tapi, tak semena-mena boleh pula mereka tarik birai itu daripada atas. Dewan sekolah kami ini istimewa sikit sebab ada tangga untuk ke tingkat atas. 

Sebaik sahaja birai dibuka maka kelihatan ramai para pelajar di bawahnya. Saya anggar adalah dalam 1000 orang. Allahu. Ramainya. Tapi masing-masing buat hal sendiri. Memang bising waktu itu. Semuanya merupakan pelajar junior Tingkatan 4 yang masih lagi melalui sesi orientasi di sekolah kami dan kami barisan MPP dan Pengawas dipertanggungjawabkan untuk menjalankan aktiviti tersebut selama lebih kurang seminggu kalau tak silap. Kawan-kawan dekat atas pentas ini semuanya dah ketepi. Kalau ikutkan pandangan daripada bawah pentas, memang akan nampak saya seorang sahaja di situ. 

Menambah gementar apabila nisbah lelaki dan perempuan ketika itu adalah 6:1. Itulah kenyataannya kerana sesungguhnya SMT Segamat merupakan sekolah aliran kejuruteraan dan vokasional yang biasanya didominasi oleh kaum lelaki. Ketika itu saya berada di Tingkatan 5 aliran kejuruteraan Elektrik & Elektronik. 

Ok, berbalik kepada topik utama. Apabila saya dah berdiri tegak di tengah pentas sambil memegang mikrofon, maka dengan tidak ada perasaannya saya terus menyanyikan lagu kegemaran saya itu! Nak tahu apa yang terjadi selepas itu?

Semua terdiam. Dalam hati tertanya juga kenapa terus diam padahal tadi bising yang amat. Kalau bunyi pin jatuh pun pasti boleh dengar punya. Sebab terlalu sunyi. Dalam hati sedikit sebanyak lega jugak. Akhirnya budak-budak ini diam pun. Nama pun lelaki kan. Hehehe. Lepas saya habis menyanyi maka terdengarlah tepukan gemuruh daripada pelajar junior di bawah pentas itu. Tersenyum meleret saya dibuatnya. Di saat itu baru saya menyedari yang saya boleh menyanyi rupanya. Mungkin bakat menurun daripada abah.

Itulah pengalaman saya ketika belajar di SMT Segamat menyanyi di khalayak ramai buat pertama dan terakhir kalinya. Alhamdulillah saya bersyukur sebab dikurniakan anugerah boleh menyanyi dengan agak baik juga. Akan saya gunakan anugerah ilahi ini sebaiknya di masa-masa akan datang. InsyaAllah. Mohon doanya ya rakan-rakan.

Cukuplah sampai sini dahulu. Nanti kita cerita lagi. Saya minta diri dulu. Sekian. 

Assalamualaikum. :) 

Tuesday, 27 August 2013

Belajar Bercinta Dengan Subjek Matematik

Teks : Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar : Sumber Google

Assalamualaikum ...

Alhamdulillah Allah masih beri saya kesempatan untuk menulis lagi pada hari ini . Setelah lebih kurang sebulan menyepikan diri dari dunia penulisan . Bukan merajuk atau putus asa , cuma tidak berkesempatan sahaja . InsyaAllah , selepas ini pembahagian masa yang telah dirangka selama sebulan yang lalu berhasil dan terlaksana dengan jayanya . Aamiin . 

Ok , hari ini saya nak bercerita tentang sejarah hidup saya . Kisahnya bagaimana saya boleh terjerumus ke dalam bidang perniagaan yang tidak saya sangka akhirnya akan menjadi sebahagian daripada sumber pendapatan tetap saya kini . 


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TELOK (DARJAH 1-6)


Sejak dari bangku sekolah rendah lagi , subjek Matematik bukan lah menjadi subjek kegemaran saya . Kalau nak dikira-kira , rasanya saya tidak pernah langsung mendapat Gred A setiap kali Ujian Bulanan mahupun ketika Ujian Akhir Tahun . Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) saya untuk subjek Matematik pun cuma Gred B sahaja . Dalam kelas , saya lah yang kerap kali menjadi tumpuan untuk berdiri di atas kerusi jika tidak dapat menjawab soalan yang diberikan oleh cikgu ketika itu . Saya masih ingat lagi apabila saya tidak dapat menghafal sifir dengan baik , Cikgu Rashidah akan ambil pembaris panjang berwarna kuning yang sangat popular ketika era itu , lalu tapak tangan saya yang mulus dan comel ini menjadi mangsanya . Kawan-kawan lain yang tidak dapat menjawab soalan dengan baik pun turut merasainya . Merah padam muka jadinya . Rasa nak menangis dan perasaan malu berpadu menjadi satu . Tapi tak mengapa . Saya percaya kesakitan yang saya lalu ketika itu adalah pelajaran buat saya untuk menjadikan saya seorang yang cekal hati dan tidak mudah berputus asa. 


SEKOLAH MENENGAH DATO' SETH (TINGKATAN 1 -3)


Apabila saya menginjak ke Tingkatan Satu , hati saya berdetik " Akhirnya aku dah berumur 13 tahun " . Ketika itu umur masih muda , berfikir bagaimana hendak menyesuaikan diri dengan keadaan . Tidak boleh lagi berperangai terlalu kebudak-budakan . Alhamdulillah lama-kelamaan saya berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan ketika itu . Subjek-subjek yang diambil saya cuba bawa sebaiknya . Bagi subjek Kemahiran Hidup , saya telah dipilih secara automatik untuk memasuki Kelas Perdagangan . Hati saya berdetik lagi " Kelas Perdagangan?Bukan ke itu merupakan kelas yang lebih menjurus kepada kira-kira ? .. Lebih mudah lagi ditafsirkan sebagai dunia Matematik ? " . Allah ! .. Ujian apakah ini ? .. Tapi tidak mengapa . Saya cuba untuk bersangka baik . Saya yakinkan diri saya untuk terus mencuba dan jangan mudah putus asa. Hasilnya , saya berjaya mendapat Gred A untuk salah satu subjek kira-kira yang cukup tidak saya gemari tetapi terpaksa saya cintai iaitu untuk subjek Perakaunan . Gembira tak terkata ! . Walaupun sekadar Ujian Bulanan , tetapi itu sudah cukup memberikan perangsang dan semangat kepada saya . Tiba masa untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR) , keputusan peperiksaan saya agak baik juga ketika itu . Saya mendapat Gred A dalam subjek Kemahiran Hidup (Perdagangan) dan Gred B untuk subjek Matematik . Alhamdulillah rezeki Allah beri , pasti ada hikmah tersembunyi . 


SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SEGAMAT (TINGKATAN 4-5)


Kisah ketika berada di Tingkatan Empat . Sarat dengan memori tak mudah terlupa dan terhakis dari kotak minda saya sehingga kini . Saya membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Teknik Segamat , Johor dalam bidang Kejuruteraan Elektrik & Elektronik . Ketika mula-mula saya mendapat tawaran itu,saya tidak berfikir panjang . Saya terus terima sahaja . Kawan-kawan rapat semua nak keluar dari sekolah lama untuk mendapatkan pemgalaman baru d sekolah baru . Saya juga tidak mahu ketinggalan . Mula sesi pembelajaran . Hati saya berdetik lagi  " Ya Allah , sukarnya hendak membawa setiap subjek . Kenapalah dulu aku tidak berfikir panjang ? Harus menempuh subjek-subjek utama Sains seperti Fizik,Kimia,Matematik Tambahan , Matematik ? Allah ,aku tidak kuat ! " . Lama juga masa yang saya ambil untuk bangkit semula selepas gagal berkali-kali . Nak tak nak saya harus membina perhubungan serius , baik , malahan lebih akrab lagi dengan subjek Matematik dan subjek Sains yang lain tanpa berbelah bahagi . Setelah berhempas pulas , akhirnya keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan . Keputusan SPM saya agak mendukacitakan . Saya sudah menjangkakan keputusan peperiksaan saya itu akan jadi begitu . Walaupun sudah dapat agak,tetapi perasaan sedih itu tetap ada . Tapi tidak mengapa . Saya kembali bangkit untuk menebus semula kesilapan lalu saya dengan memasuki Tingkatan Enam pula .


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' SETH (TINGKATAN 6)
Alhamdulillah , balik semula ke sekolah lama . Gembira tak terkata . Bertemu semula dengan rakan-rakan lama . Bertukar-tukar cerita dan pengalaman sepanjang beberapa tahun tidak berjumpa. Seperti biasa , tawaran yang diterima dari pihak sekolah untuk aliran Sastera . Subjek yang perlu diambil sepeti Pengajian Perniagaan @ Perakaunan . Allah ! Subjek yang memerlukan saya buat kira-kira lagi . Formula seperti punca kuasa dua,tambah,tolak,bahagi itu semua . Kalau boleh saya nak elak .Tapi semakin saya ingin mengelak,semakin dekat pula dunia kira-kira ini dalam hidup saya . Tiba-tba saya teringat sepotong ayat dari Surah Al-Baqarah seperti di bawah :


“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )


 UITM SEGAMAT , JOHOR (DIPLOMA IN BUSINESS STUDIES)


Perjalanan yang penuh liku dan cabaran akhirnya diteruskan ke UITM Segamat , Johor . Ketika mula-mula saya mengisi borang permohonan , antara pilihan jurusan saya ialah Pelancongan dan Perniagaan . Sekadar mencuba nasib . Kalau ada rezeki,alhamdulillah.Kalau tiada rezeki tidak mengapalah . Alhamdulillah , saya diterima masuk ke UITM dengan mengikuti jurusan Pengajian Perniagaan . Ya ! Matematik ada di mana-mana . Saya sudah mula menerima hakikat itu . Saya cuba secara perlahan-lahan.Biarpun lambat,tetapi haslnya tetap ada. Akhirnya saya sudah mula sedar , bidang perniagaan adalah bidang yang terbaik untuk saya.Sejak azali Allah sudah tetapkan begitu.Diberinya dugaan dan cabaran kepada saya sedikit demi sedikit supaya saya belajar erti kehidupan yang sebenar . Perjalanan itu sangat panjang tetapi berbaloi . Tidak dapat dinafikan lagi . Antara subjek yang diambil ketika itu ialah Financial Accounting , Fundamentals of Marketing,Public Relations dan International Business . Nah ! Apa lagi yang saya mahu? Allah dah tunjukkan jalan-Nya . Saya hanya perlu telusuri sebaiknya tanpa perlu menoleh ke belakang lagi . 


Alhamdulillah , kini saya sudah bergelar usahawan. Biarpun sekadar kecil-kecilan , namun saya cukup berpuas hati kerana jika Allah tidak menetapkan perjalanan hidup saya sedemikian rupa ,mustahil saya mampu sampai ke tahap seperti sekarang . InsyaAllah , mudah-mudahan Allah permudahkan urusan . Aamiin.Jadi , akhir kata dari saya " Belajarlah bercinta dan berkasih sayang dengan Subjek Matematik kerana banyak manfaat yang akan kita perolehi dalam kita sedar ataupun tidak " .

Sekian , terima kasih . :)