Thursday 27 November 2014

Tanda Migrain Dan Cara Mengatasinya

Teks : Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar : Google


Assalamualaikum. Hari ini saya nak tulis entri tentang :

MIGRAIN !

Memang pedih rasanya apabila perlu merasai dan mengharungi detik-detik sukar sepanjang tempoh migrain ini datang menjengah. Pedihnya memang tak boleh nak kata apa. Sampai satu tahap saya terpaksa hantuk kepala dekat dinding disebabkan kesakitan yang teramat sangat.


Bagi meredakan sedikit kecelaruan akal dan jiwa akibat migrain berpanjangan ini, saya suka nak berkongsi fakta mengenai penyakit migrain ini dengan lebih mendalam lagi. Jom sama-sama kita dalami ya.

Common Migraine
Common Migraine lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal.

Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Punca utama berlakunya migraine ialah:


1) Pemakanan
Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan kamu diserang migraine kerana ada diantara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.

2) Hormon
Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa, dan selepas haid akan menyebabkan sering diserang sakit kepala.


3) Cara Hidup
Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.

Lihatlah sahabatku sekalian. Sekelip mata sahaja kita boleh dapat penyakit migrain ni. Paling utama kena pandai kawal tekanan supaya migrain yang dah sedia ada ini tak jadi lebih teruk lagi. Tapi tak apa, sebagai salah seorang penghidap migrain, saya akan kongsikan sedikit sebanyak cara nak kawal migrain ni supaya tak jadi lebih teruk lagi.

Check it Out !


Mengawal pemakanan harian, kurangkan stress dengan bersenam, amalkan cara hidup 
teratur, berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migrain. Mulakan mandian dari bawah keatas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migrain. 

Jangan biarkan sakit kepala berlarutan kerana mungkin akan menyebabkan migraine. Kalau kita mencapai tahap kritikal migraine, boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitive kepada bunyi dan cahaya.

Sumber: Buku Perubatan Moden

Begitulah sedikit sebanyak fakta dan artikel yang saya nak kongsikan pada hari ini. Harap dapat bantu anda menangani masalah ini dengan sebaiknya ya. Jangan biarkan melarat sebab sekali dah kena migrain, memang agak sukar nakbaik dan kena kawal betul-betul untuk elakkan daripada berulang semula dalam kadar yang kerap.

2 comments: