Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts

Thursday, 25 January 2018

Belajar Mensyukuri Nikmat Allah

Teks : Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar : Google

Assalamualaikum dan salam ceria di petang Khamis.

Memandangkan hari ni cuaca berada dalam keadaan baik, mood Jiha pn turut sama baik juga.

Hehe. Boleh pulak ye macam tu.

Ok,arini jiha suka nak bercerita tentang sesuatu ... tentang apa ? tentang kehidupan ... kita sebagai manusia seringkali melihat masalah itu sebagai hal yang membebankan ... tapi sedarkah kita bahawa yang memberikan cabaran,masalah dan dugaan maha hebat itu adalah Allah s.w.t ? Bila kite tak menerima takdir yang Allah dah takdirkan untuk kita dengan mengatakan bahawa Allah itu tak adil , itu bererti kita jugak menolak hakikat kewujudan Maha Pencipta serta terlupa atas dasar apakah kita Ini MANUSIA diciptakan di atas muka bumi ni ... tiada lain melainkan menjadi khalifah Allah untuk saling membimbing sesama kita bagi menuju ke arah kebaikan untuk mendapat keredhaan-Nya di dunia serta mendapat syafaat di akhirat kelak ...

" Kenapa ye tiap orang dijadikan Allah dengan bentuk fizikal yang berbeza-beza?sifat dan sikap yang berbeza?Kalau sama mesti aman je dunia ni ... "

Hurm???

Sure ke bile semua orang kat dunia ni macam yang korang fikirkan,dunia ni akan aman?Kita ambik perumpamaan kecil ... adik beradik kembar or twins ... Mereka terdorong untuk punyai sikap dan sifat yang sama tetapi mengapa maih timbul hal saling membenci sesama sendiri,cemburu itu dan ini serta mampu melakukan apa sahaja asalkan dapat apa yang diingini..

Haa kat sini lah yang Allah nak tunjukkan kepada kita tentang kekuasaan-Nya menciptakan manusia dengan pelbagai watak dan gaya supaya kita belajar untuk menghargai dan bersyukur apa yang ada dalam hidup kita tika dan saat ini.Dalam masa yang sama menyuruh kita untuk belajar dan terus belajar,teroka dan terus teroka isi kandungan dunia yang maha luas ini supaya kita sedar bahawa hidup ini terlalu indah untuk disyukuri,penuh ranjau dan duri untuk ditelusuri namun hasilnya nanti adalah sesuatu yang perlu anda kagumi sebagai seorang insan yang bergelar MANUSIA ...


SUBHANALLAH ... :)

Terapi Jiwa Pada Hari Ini :  

" Kalau Allah tak sayangkan kita,kenapa kita masih lagi hidup hingga kini ? Dengan keadaan fizikal dan mental yang sempurna,hidup pun bahagia biarpun secara bersederhana...Ingatlah,apa yang Allah dah takdirkan untuk kita sememangnya adalah yang terbaik untuk kita.Cume kite je yang tak sedar dan sering kufur nikmat...Nak bolot semuanya sampai terlupa yang di belakang .. "

p/s : Ingat dari mana datangnya kita,sentiasa ingat asal-usul kita sebelum lahir ke dunia supaya kita tak lupa untuk bersyukur atas segala nikmat kurniaan-Nya... 

Wednesday, 24 January 2018

Ubah Mindset Jadi Lebih Positif

Teks : Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar : Google


Kadang-kadang ada masanya kita rasa down sangat-sangat tapi tak tau sebab utamanya apa. Mungkin jugak kerana terlalu banyak berfikir menjadikan kepala kita ni berpusing dan terus berpusing tanpa henti untuk jangka masa yang lama.

Tapi jangan risau sebab ada cara untuk menyelesaikannya iaitu melalui:

                           " MINDSET "

Untuk sentiasa berfikiran positif walaupun hakikatnya pahit untuk ditelan. Tapi dah nama pun kehidupan kan? Kalau berjaya menghadapinya dengan baik, maknanya , you're strong enough dear ! :)

p/s : semakin banyak cabaran dihadapi seseorang hamba Allah itu, semakin kental dan tabah hatinya dalam menghadapi cabaran mendatang yang mungkin jauh lebih hebat dari yang sebelumnya...

Tuesday, 23 January 2018

Tak Cukup Tidur Adat Orang Berniaga

Teks : Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar : Naziha Online Shoppe


Assalamualaikum & selamat pagi to all.

Sekarang ini pukul 4.43pagi. Jiha masih belum tidur lagi sebab sibuk update beg yang akan dijual di kedai online nanti. Alhamdulillah setiap hari waktu ku terisi sebaiknya. Semoga Allah permudahkan apa yang dah diatur ini sebaiknya.

Adat orang berniaga memang tak pernah cukup tidurnya demi memastikan perniagaan berkembang dengan baik. Tapi tak apa. Bersusah duly bersenang kemudian.

Ok jiha nak belanja sikit gambar beg jualan nanti. Tak dapat la nak tunjuk banyak-banyak. Nanti dah tak surprise.



Hehehe...

Haaaa ini baru sikit. Setiap hari Jiha akan update info terkini kat blog dan media sosial yang lain.

Okay, itu dulu buat masa ini. Alang2 tunggu azan Subuh sekali lah nampak gayanya ni. 

Saturday, 20 January 2018

Naziha Online Shoppe Kembali Beroperasi

Teks : Siti Nornaziha Binti Md Suib
Sumber Gambar : Google


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya Naziha Online Shoppe akan kembali beroperasi dalam masa terdekat ini. Sampai naik bersawang dah blog. Sayang kalau biarkan begitu sahaja sebab dah ada followers.

Untuk tahun 2018, Jiha akan fokus lebih kepada bisnes beg. Lagipun jiha dah buat bisnes ni dari tahun 2013. Dah 5 tahun rupanya. Jiha bercadang nak aktif semula sebab macam dah serasi dengan bisnes ni. Insyaallah, kita cuba terbang setinggi mungkin.

Jiha akan update dari semasa ke semasa. Stay tuned with us okay??

Semoga Allah permudahkan.

Aamiin.

Friday, 13 March 2015

Isu Viral di Facebook ?

TEKS : SITI NORNAZIHA BINTI MD SUIB
GAMBAR : GOOGLE


Walaupun sesuatu isu itu sudah viral satu dunia sekalipun, jangan mudah sangat share di laman FB ini. Pastikan sumber itu sahih, telus dan benar terlebih dahulu. Bahana media sosial dahsyat sungguh. Demi nak jadi yang pertama share di laman fb, demi nak nampak diri sangat tulus dan polos makanya mudah sahaja jari jemari menekan button SHARE.
Saya pernah jadi sebahagian daripada mereka yang suka SHARE tersebut. Pernah info yang saya SHARE di laman FB tersebut salah rupa-rupanya jadi saya delete semula tetapi entah berapa orang yang sudah membacanya. Serba salah hati jadinya.

p/s : Kini saya lebih selesa bergelar "silent reader" sahaja. Hehehe...

 — feeling cool.

Thursday, 29 January 2015

Manusia Istimewa Di Sisi Allah

Teks : Siti Nornaziha Md Suib
Gambar : Sumber Google

Assalamualaikum dan salam ceria di pagi Khamis ... :)



Hari ini saya suka nak bercerita tentang sesuatu. 

Tentang apa? 

Kehidupan.

Kita sebagai manusia seringkali melihat masalah itu sebagai hal yang membebankan. Tapi sedarkah kita bahawa yang memberikan cabaran, masalah dan dugaan maha hebat itu adalah Allah s.w.t? Apabila kita tidak menerima takdir yang Allah dah takdirkan untuk kita dengan mengatakan bahawa Allah itu tidak adil, itu bererti kita jugak menolak hakikat kewujudan Maha Pencipta serta terlupa atas dasar apakah kita Ini MANUSIA diciptakan di atas muka bumi in. Tiada lain melainkan menjadi khalifah Allah untuk saling membimbing sesama kita bagi menuju ke arah kebaikan untuk mendapat keredhaan-Nya di dunia serta mendapat syafaat di akhirat kelak. Aamiin


" Kenapa ya setiap orang dijadikan Allah dengan bentuk fizikal yang berbeza-beza? Sifat dan sikap yang turut berbeza? Kalau sama mesti aman sahaja dunia ini. "


Kamu pasti ke apabila semua orang di dunia ni macam yang kamu fikirkan,dunia ni akan aman? Kita ambil perumpamaan kecil. Adik beradik kembar sebagai contohnya. Mereka terdorong untuk punyai sikap dan sifat yang sama tetapi mengapa masih timbul hal saling membenci sesama sendiri, cemburu itu dan ini serta mampu melakukan apa sahaja asalkan dapat apa yang diingini?

Maka di sini lah yang Allah nak tunjukkan kepada kita tentang kekuasaan-Nya menciptakan manusia dengan pelbagai watak dan gaya supaya kita belajar untuk menghargai dan bersyukur apa yang ada dalam hidup kita tika dan saat ini. Dalam masa yang sama menyuruh kita untuk belajar dan terus belajar, teroka dan terus teroka isi kandungan dunia yang maha luas ini supaya kita sedar bahawa hidup ini terlalu indah untuk disyukuri. Penuh ranjau dan duri untuk ditelusuri namun hasilnya nanti adalah sesuatu yang perlu anda kagumi sebagai seorang insan yang bergelar MANUSIA.



SUBHANALLAH ... :)


Terapi Jiwa Pada Hari Ini :  

" Kalau Allah tak sayangkan kita,kenapa kita masih lagi hidup hingga kini? Dengan keadaan fizikal dan mental yang sempurna, hidup pun bahagia biarpun secara bersederhana. Ingatlah, apa yang Allah dah takdirkan untuk kita sememangnya adalah yang terbaik untuk kita. Cuma kita sahaja yang tak sedar dan sering kufur nikmat. Nak bolot semuanya sampai terlupa yang ada di belakang. "

p/s : Ingat dari mana datangnya kita, sentiasa ingat asal-usul kita sebelum lahir ke dunia supaya kita tak lupa untuk bersyukur atas segala nikmat kurniaan-Nya... 

Tuesday, 11 November 2014

Monolog Rinduku

Teks : Siti Nornaziha Binti Md Suib

Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada pagi yang indah dan permai ini. Terdengar bunyi kicauan burung memecah kesunyian pagi di Kampung Parit Yaani Tengah, Yong Peng,Johor ini. Angin berlalu sepoi-sepoi bahasa. Tenang dan damai senantiasa ku rasa. Melegakan hati yang sedang sarat gusar. 


"Kalau awak pernah melalui satu dugaan yang cukup berat dalam hidup dan di akhirnya awak berjaya bangkit semula dengan tabah, itu bererti awak insan yang cukup kuat dan hebat. Allah uji awak sehingga ke tahap itu sebab Allah tahu awak mampu tanggung dan hadapinya. Allah sayang awak. Sebab itu Allah pilih awak. Bertabahlah wahai hati. Sakit dan duka ini cuma sebentar. Manisnya akan tiba kemudian hari. Janji Allah itu pasti".

p/s : Ini monolog suara hati saya bila mana saya sedang tertekan dan hampir berputus asa. Saya akan bercakap seorang diri apabil saya perlukan kekuatan. Sebenar-benar kekuatan hati dan diri hanya akan kamu perolehi daripada Allah Maha Esa.

Cubalah. InsyaAllah. Semoga bermanfaat kepada yang memerlukan. :) 

Wednesday, 1 January 2014

Saya Semakin Tua!

Teks:Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar:Sumber Google

---- [Signifikan tahun 2014 kepada saya] ----

- Tahun depan ini umur dah 24 tahun.

- 1 matlamat ingin dicapai iaitu berjaya di dunia & di akhirat jua.


p/s:Rezeki setiap manusia itu Allah dah tetapkan, cuma dengan cara yang berbeza sesuai mengikut kemampuan masing-masing. Allah tak kejam, cuma kita je yang tak pandai nak hargai peluang dan rezeki yang Allah beri. Semoga kita dijauhkan daripada menjadi hamba yang kufur nikmat. Bersyukur dengan segala anugerah dan rezeki yang diberikan olehNya.. Aamiin.

Mahu Jadi Luar Biasa!

Teks:Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar:Sumber Google

Rupanya inilah perasaan seorang insan yang ingin jadi luar biasa. Lain daripada orang lain. Mahu sesuatu yang berbeza. Sukakan kehidupan yang aktif tapi dalam masa yang sama masih mampu menguruskan diri dan keluarga dengan cukup baik sekali. Ramai yang akan kata mereka gila duit, gila pangkat, gila nama, tapi sebenarnya bukan itu yang mereka kejar. Ianya lebih kepada kepuasan peribadi apabila dapat membantu mereka yang benar-benar perlukan pertolongan di samping bersyukur kerana Allah memilih dan memberi peluang kepada kita untuk membantu orang lain dengan pelbagai cara.

P/S: Sedang berusaha keluar dari zon selesa. Sentiasa mencabar diri untuk jadi lebih baik dari semasa ke semasa. Semoga Allah permudahkan. Aamiin.

Saya Yakin Boleh!

Teks:Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar:Sumber Google

Mahu jadi luar biasa bukan sebab mahu bermegah, tetapi lebih kepada mencabar diri untuk keluar dari zon selesa dan sentiasa berfikir di luar kotak. Sukar tapi tak mustahil. Disiplin dan Konsisten. Sabar dan Tawakal kepada Allah. Saya mahu melalui semua peringkat tersebut. Bermula dari bawah (tak tahu apa-apa) hingga ke satu peringkat (mampu memberi sumbangan) dari segi wang ringgit dan ilmu pula kepada orang lain.



p/s:Bersama berganding bahu. Saya sudah mula mengayuh. Walaupun agak perlahan kerana masih baru, tapi saya yakin saya boleh. Mari jalan terus ! :)

Monday, 30 December 2013

Bawa Bertenang Dan Terus Berjuang!

Teks:Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar:Sumber Google

Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah. Aura positif mula menyerap masuk ke dalam jiwa. Pagi ini banyak perkara yang perlu dilakukan. Perlu bahagi masa sebaiknya. Disiplin dan konsisten. Itu yang saban hari saya terapkan dalam diri supaya sentiasa menjadi lebih baik dari semalam. Seperti biasa, entri sudah di update di blog. Draf kertas kerja untuk kedai juga masih berjalan seperti biasa. Dan ada satu lagi amanah baru yang diberi oleh mereka yang mempercayai saya untuk jadi teraju utama bahagian, akan saya jalankan sebaik mungkin. InsyaAllah akan diuar-uarkan apabila masanya sudah tiba. 

P/S:Jalan Terus! :)


Sunday, 29 December 2013

Dilantik Menjadi Ketua !

Teks:Siti Nornaziha Md Suib
Gambar:Sumber Google

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. 

Allahuakbar! Semalam merupakan hari yang sungguh penuh dengan kejutan. Sangat teruja tapi dalam masa yang sama rasa risau juga jika tidak dapat melaksanakan amanah dan kepercayaan yang diberi kepada diri ini dengan sebaiknya. Ada dua peristiwa besar yang ingin saya ceritakan di sini pada pagi yang sungguh ceria ini.


BAJET UNTUK KEDAI KAK NGAH DAH SIAP !
Pertamanya alhamdulillah saya ucapkan ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya bajet pembiayaan untuk kedai kak ngah dapat disiapkan tepat jam 10.30 pagi semalam. Harap-harap bos besar berpuas hati. Selepas selesai bahagian kira-kira, sekarang saya mahu fokus pula kepada bahagian seterusnya. Banyak yang perlu diperbaiki. Diakui saya sedikit tertekan dengan situasi ini, tapi lama-kelamaan saya sudah mampu kawal dan mampu bertenang sekiranya ada tugasan mengejut yang diberikan tanpa disangka-sangka. Masa tahun belajar dulu, sekadar nak lulus peperiksaan sahaja, tapi sekarang kertas kerja yang sedang ditambah baik secara berperingkat ini adalah untuk projek yang sebenar! Projek kedai 2 tingkat di bawah nama ANGAH SNSK ENTERPRISE menjalankan perniagaan berupa kelas tuisyen,percetakan dan juga kafe siber. Allah ! Memang berat tak dapat nak dinafikan, tapi berkat kesabaran kak ngah dan kak itanoni, akhirnya saya kembali berganding bahu membina serta membangunkan kedai bersama-sama mereka. Sebelum ini saya memang langsung tidak berkeyakinan. Akhirnya saya cakap pada diri sendiri "Sampai bila nak macam ni? Sakit bukan penghalang untuk kita berjaya. Allah tengah nak uji. Kenapa cepat benar kalah sebelum berjuang? Gagal selepas berusaha itu lebih indah dari gagal tak berbuat apa-apa langsung. Sangat menyedihkan". Lalu, saya ambil keputusan untuk meneruskan apa yang saya tinggalkan sebelum ini demi kehidupan yang lebih baik untuk masa akan datang. Jatuh bangun seakan dah sebati dengan diri yang serba fakir dan lemah ini. Saya ingin menimba ilmu sebanyak mungkin daripada 'orang-orang besar' yang berada di sekeliling saya kerana peluang emas datang cuma sekali. Jadi, tak ingin saya lepaskan buat kali kedua. Mahu jadi cekal hati  dan berjaya seperti tokoh usahawan yang lain.

DILANTIK JADI KETUA !
Puan Ainon Mohd
Allahuakbar! Berita paling tak disangka-sangka. Saya telah sah dilantik sebagai Ketua Chapter ABS Cawangan Yong Peng, Johor. Di bawah pucuk pimpinan Puan Ainon Mohd, seorang tokoh perniagaan yang dikenali dan disegani di Malaysia ini. Allah! Allah! Allah!. Betapa besarnya nikmat yang Engkau berikan kepada hambaMu yang serba fakir ini Ya Allah. Di kala saya sedang mencari hala tuju hidup untuk tahun hadapan, tahun yang dikatakan penuh dengan cabaran dan dugaannya yang tersendiri, hadirnya peluang sebegini sedikit sebanyak memudahkan urusan saya yang sebelum ini terhenti serta merta. Benarlah janji Allah iaitu sesungguhnya Allah takkan tinggalkan hambaNya yang benar-benar mengharapkan pertolonganNya dengan hati yang ikhlas dan sabar. Mula-mula dapat tahu rasa sangat-sangat terkejut. Mana tidaknya, tiba-tiba tuan Hisyam dari Ketua Chapter ABS Batu Pahat ucapkan tahniah kepada saya kerana dilantik sebagai ketua ABS Chapter Yong Peng!. Allah. Dari mana pula datangnya berita sebegini? Akhirnya saya buka group rasmi ABS iaitu (Ainon Business School) dan akhirnya memang terbukti dan nyata, nama saya tercatat di situ sebagai ketua berkuatkuasa pada petang semalam lebih kurang pada jam 1.30 petang. Alhamdulillah. Pada pagi ini sudah sedikit lega. Sudah bertenang secukupnya semalam. InsyaAllah saya akan jalankan amanah yang diberi ini sebaik mungkin. Banyak yang perlu dilakukan. Disiplin dan konsisten merupakan kunci utama kejayaan peniaga tegar berjiwa kental. Hanya kerana saya seorang gadis desa berumur 23 tahun, kecil molek orangnya dan masih terlalu mentah dengan dunia perniagaan yang penuh dengan cabarannya tersendiri, saya tidak mahu pandang ke belakang lagi. Jalan sudah tersedia. Saya akan bangkit semula. 

Mereka percaya kepada kebolehan saya tapi saya yang kurang berkeyakinan untuk memikul amanah yang diberi sebaiknya. Saya percaya laluan tersebut tidak mudah namun saya tidak mahu mengaku kalah.  Saya akin terus berusaha untuk menjadi gadis luar biasa seperti yang diimpikan sebelum ini. InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan. Aamiin.  

Thursday, 26 December 2013

Perjalanan Hidupku Masih Jauh


Assalamualaikum dan selamat pagi warga fb sekalian. Alhamdulillah dan terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yang telah diberikan kepada kami selama ini. Ok, hari ini banyak yang perlu dilakukan. Harus membahagikan masa sebaik mungkin. Entri di blog sudah di update seperti biasa. Untuk kertas kerja pula ada banyak perkara yang perlu diubah. Moga-moga segalanya baik-baik sahaja. InsyaAllah aamiin. :)

Monday, 23 December 2013

8 Tips Bertenang Ketika Menghadapi Masalah

Teks:Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar:Sumber Google


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini saya nak berkongsi Tips Bertenang Ketika Menghadapi Masalah. Tips ini saya dapat malam tadi ketika leka menulis di dalam diari peribadi saya. Ya! Diari Peribadi. Apabila saya rasa saya tidak kuat, selain berdoa kepada Allah, saya juga akan coretkan di dalam diari. Umpama saya meluahkan perasaan kepada Allah cumanya melalui penulisan yang merenggut jiwa. Setelah selesai menulis, hati terus jadi lega. Allahuakbar! Sesungguhnya Allah tidak akan menolak doa hambaNya yang benar-benar meminta pertolongan dan akan diberi olehNya sedikit kekuatan jiwa buat santapan rohani dan jasmani bagi menghadapi dugaan dan rintangan yang mendatang kemudian hari.

Baiklah, di sini ada 8 tips ringkas yang ingin saya kongsikan kepada para pembaca sekalian.

1) Jadikan Allah sebagai yang terutama dan teratas dalam piramid perjalanan kehidupan seharian kita. Allah adalah segala-galanya. Berdoa dan terus berdoa kepada Allah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya. 

2) Kurangkan tabiat suka memikirkan masalah sebaliknya terapkan sikap segera mencari jalan penyelesaiannya. Kalau dibiar, semakin lama boleh jadi semakin parah. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari mengubati.

3) Biasakan diri berterus-terang kalau kita tidak mampu atau tidak tahu tentang sesuatu perkara. Berkata benar walaupun pahit untuk diterima. Apabila terlalu dipendam, lama-lama boleh timbul perasaan marah berpanjangan atau dendam. 

4) Kuasa menjatuhkan hukuman bukan terletak di tangan manusia. Berdoa kepada Allah. Sesungguhnya Allah lebih layak mengadili mereka. Maafkan sahaja kesalahan mereka kepada kita dan dalam masa yang sama mohon maaf jika kita rasa kita ada buat silap dan salah kepada orang lain jua. Tips paling penting untuk hati jadi tenang.

5) Belajar untuk menjadi diri sendiri dengan semua orang baik yang sudah lama kita kenal atau yang baru sahaja kita kenali. Jangan cuba jadi orang lain kalau sekadar hanya ingin memuaskan hati sebelah pihak sahaja. 'Give and Take' itu amat perlu.

6) Kalau kepala tengah berserabut, ambil masa untuk diri sendiri bertenang seketika. Bersendirian lalu muhasabah diri. Kalau dah ok, baru mulakan tugasan atau lakukan perkara yang menggembirakan seperti gelak tawa bersama dengan kaum keluarga mahupun rakan-rakan untuk melupakan seketika masalah yang melanda diri sebentar tadi.. Sekadar untuk mendapatkan tempo ceria dan tenang jiwa sebelum membuat sebarang keputusan. InsyaAllah, selebihnya Allah akan permudahkan.

7) Bercerita dan meminta nasihat atau pandangan daripada ahli keluarga dan rakan rapat juga boleh dipraktikkan. Lebih banyak pendapat tercetus, maka kuasa untuk memilih yang terbaik buat diri kita juga menjadi semakin besar. Kita bukan bersendirian di dunia fana ini.

8) Senyum itu sudah memadai untuk menutup rasa gundah gulana di jiwa. Dengan hanya melalui senyuman, secara tidak langsung kita telah buat orang lain turut berasa tenang dan gembira. 

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum… kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum… membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan…

Saya Mampu Lakukannya!

Teks:Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar:Sumber Google

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari ini, rutin harian saya sama seperti semalam cuma dari segi aktiviti dan tempoh masa, ada sedikit kelainan yang diberi bagi memastikan tempo ceria, gembira dan tenang ketika melakukan sesuatu pekerjaan akan kekal hingga masuk waktu tidur pada malam nanti. Baiklah. Memulakan hari dengan update entri baru di blog. Seterusnya, pelan kertas kerja juga akan dimulakan kira-kira jam 8.30-9.00 pagi nanti. Sedikit terlewat daripada jangkaan biasa. Tapi tak mengapa. 'List To Do' siap tersedia untuk mengajar saya menjadi seorang yang bijak menguruskan masa dan diri. Ada juga tips Motivasi Diri yang ingin saya kongsikan di blog ini sebentar lagi. InsyaAllah, akan saya kongsikan di ruangan fb ini juga supaya rakan-rakan fb boleh ambil manfaatnya bersama.



P/S : Mungkin kita tidak mampu menjadi seorang yang ceria sepanjang hari tapi sekurang-kurangnya kita mampu ajar diri kita untuk bertenang dalam menghadapi sebarang situasi sama ada yang sudah dijangka atau yang berada di luar jangkaan kita. InsyaAllah, kita pasti mampu melakukannya. 

Sunday, 22 December 2013

Hidup Ini Bagaikan Roda

Teks:Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar:Sumber Google


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu untuk semua. Alhamdulillah. Pagi yang gelap kini sudah terang. Masa untuk memulakan tugasan seperti biasa. Entri di blog sudah siap di update, untuk kertas kerja pula bakal dimulakan tepat jam 8.00 pagi nanti. Sejak 2-3 hari ini, mata dan fizikal khususnya di bahu kanan sedikit kurang cergas. Segala tugasan tidak dapat dilakukan pada waktu malam. Lenguh sepanjang malam tapi akan kembali pulih menjelang pagi. Jika nak dibandingkan ketika zaman belajar di UITM dahulu, kunci jam pukul berapa sekalipun, saya mampu bangun. Tapi sekarang, payah sungguh. Kadang-kadang tak terbangun langsung. Haru jiwa dibuatnya.

P/S: Bercita-cita mahu menjadi seorang yang berdisiplin, konsisten, sabar, tidak cepat putus asa dan banyakkan berdoa serta bertawakal kepada Allah dalam melakukan apa jua jenis pekerjaan yang diamanahkan. InsyaAllah moga Allah permudahkan. Aamiin. :)

Saturday, 21 December 2013

Semangat Tak Pernah Luntur


Teks:Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar:Sumber Google

Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah, hujan masih lagi turun membasahi bumi di Kampung Parit Yaani Tengah,Yong Peng, Johor sejak awal pagi tadi. Angin sejuk buat sebahagian ahli seisi alam sedang lena tidur diulit mimpi indah. Kalau tak kuat, saya pun dah jadi sebahagian dari mereka yang masih belayar dalam mimpi-mimpi indah itu. Silap-silap tengahari nanti baru bangun. Huhuhu...


Saya sangat bersemangat untuk memulakan tugasan dan mengemaskini entri baru di blog. Jemput singgah juga ye. Info yang disaji bukan sekadar cakap-cakap kosong tapi penuh bermanfaat baik untuk duniawi mahupun ukhrawi. InsyaAllah, bersama kita saling mengingatkan. :)

Saturday, 2 November 2013

Kertas kerja Siap !

Teks : Siti Nornaziha Md Suib

Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Setelah lebih kurang dua minggu berhempas pulas untuk menyiapkan kertas kerja yang dipertanggunjawabkan kepada saya,akhirnya semuanya siap dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Saya ditugaskan membuat kertas kerja untuk sebuah kedai dua tingkat yang berpusat di Taman Pura Kencana,Sri Gading Johor. Pada mulanya,hati agak gusar juga. Ketika belajar di Uitm Segamat dulu,semuanya sekadar seadanya sahaja. Menyiapkan kertas kerja semester akhir kerana cuma mahu mendapatkan Gred A+ semata-mata. Tidak pernah terlintas dalam minda hinggalah ke hari ini bahawa perkara yang tidak saya suka lakukan itu akhirnya lah yang akan menjadi punca pendapatan saya. Alhamdulillah.

Sungguh benar melalui firman Allah :

Surah al-Baqarah ayat 216 : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, 

dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui 

sedang kamu tidak mengetahui".



Cukup setakat ini dahulu coretan saya pada hari ini. InsyaAllah,perkembangan kedai tersebut akan Jiha 
bawakan dari semasa ke semasa. :)




Friday, 4 October 2013

Kuat Manusia Pada Hatinya

Teks : Siti Nornaziha Binti Md Suib

Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat. Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini. Kehidupan yang dijalani seharian semakin hari semakin jelas hala tujunya. Tidak seperti sebelumnya yang sering terhenti di tengah perjalanan. Tak mampu nak teruskan kerana jalan yang mahu dituju itu kelihatan samar dan kelam. Tetapi,syukur alhamdulillah Allah masih sayang diri ini. Diberinya petunjuk dan kemudahan kepada saya untuk saya lalui hari-hari mendatang dengan penuh kesabaran serta cekal hati.

" Waktu tidak pernah cukup bagi manusia untuk melakukan semua kesalahan, jadi belajarlah dari kesalahan-kesalahan orang lain supaya kita tidak melakukan kesilapan yang sama pada masa hadapan " .



Tuesday, 24 September 2013

Hukum Sengaja Tidak Mahu Membayar Hutang

Teks : Siti Nornaziha Binti Md Suib
Sumber : Google

Assalamualaikum. Hari ini saya tertarik untuk mengulas satu isu yang agak popular buat masa ini dalam kalangan masyarakat di Malaysia iaitu berkenaan dengan isu Hutang. Tumpuan utama dalam isu hutang ini ialah apakah hukum bagi orang yang sengaja tidak mahu membayar hutang? Saya pasti isu ini pernah membelenggu diri anda semua semua satu ketika dahulu ataupun mungkin sedang dialami ketika ini.


 Mari kita meneliti dan memahami isu ini dengan lebih mendalam buat renungan dan pedoman bersama.


Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :

    i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
    ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.
    iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
    iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasul S.A.W.
  Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya).