Perkongsian puan N
Mahu kenal siapa puan N?
Pada permulaan, apa yang saya nampak, hanya sebuah kedai yang menjadi target utama. Kertas kerja untuk membuat pinjaman hampir siap. Tiba-tiba segalanya bagai terhenti seketika, apabila suami menghadiahkan sebuah buku 'Biar Kecil Asalkan Berhasil'. Buku ini banyak memberikan panduan dan semangat untuk mula berniaga tanpa modal dan saya suka pada kata-katanya "...perniagaan yang memerlukan kita berhutang untuk berkembang adalah perniagaan yang kurang bagus." Pokok pangkalnya, kita mulakan dengan apa yang kita ada.
Saya mula mengubah pandangan tentang bisnes, saya mencari sesuatu yang saya minat dan tidak memerlukan modal yang besar. Bisnes yang saya mula-mula terlibat ialah 'mutiara dan kristal'. Saya memang peminat tegar kristal, saya mula mengenali mutiara dan kristal swarovski. Ramai yang cakap bisnes ini memerlukan modal yang besar, sebab harganya yang agak mahal. Tetapi terpulang bagaimana anda bermula. Saya hanya memulakan dengan beberapa design gelang dan rantai, kemudian saya sertakan dengan carta warna kristal. Dengan ini, apabila pelanggan memilih design dan warna, baru saya akan mendapatkannya. Sehingga kini, hasil daripada jualan tersebut saya mampu untuk menambah stok jualan.
Disebabkan suami sering keluar kawasan, dan saya sebagai pembantu peribadi yang setia bersamanya, menyebabkan saya mempunyai beberapa masalah untuk menguruskan penghantaran barang. Saya terfikir untuk mencari satu lagi bisnes, yang tidak memerlukan saya untuk menguruskan barang. "Dropship", itu yang saya cari. Sehingga saya berjumpa dengan ABDR. Saya mula belajar "dropship" untuk telekung solat, dan saya mencari beberapa pembekal lain untuk mempelbagaikan produk. Alhamdulillah, setiap hari kita belajar untuk menimba ilmu baru. Saya mula mencuba sesuatu yang baru, saya belajar untuk mendapatkan produk terus dari Vietnam. Dengan ini, apabila saya keluar kawasan, saya masih boleh menguruskan penghantaran dengan 'dropship' dan saya juga boleh menguruskan stok sendiri.
Mahu belajar dropship dan asas bisnes online?
Pendaftaran dibuka.
Showing posts with label Pengalaman Bisnes Dropship (ABDR). Show all posts
Showing posts with label Pengalaman Bisnes Dropship (ABDR). Show all posts
Wednesday, 26 November 2014
Friday, 7 November 2014
Pengalaman Bisnes Tanpa Modal (Dropship)
Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Google
Assalammualaikum.
Sehingga saya bertemu dengan ABDR. Di sini saya di bekalkan 4 ebook. Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes memberi saya pendedahan mengenai bisnes "dropship". Malah saya juga di beri pendedahan lebih serta di beri peluang untuk mengajukan soalan tentang bisnes "dropship" ini kepada Cikgu Anys Idayu Zakaria. ABDR juga memberi saya pilihan untuk bisnes "dropship". Dropship Produk Makanan adalah pilihan saya. ABDR juga memberi saya peluang "dropship" ebook keluaran ABDR.
Bila saya sudah mempunyai pengetahuan dan sedikit pengalaman barulah saya cuba melangkah ke fasa yang baru. Saya menjadi agen "dropship" Buku Mudahnya Menjemput Rezeki dan Kain2 Cotton gred AAA. Alhamdulillah dengan rezeki bisnes"dropship" ini, saya juga mendapat modal pusingan untuk bisnes saya pula.
Alhamdulillah, dengan ilmu pengetahuan yang saya dapat ini saya mula melangkah ke hadapan dengan yakin. Saya sering berpegang kepada prinsip "Jika tiada ilmu tentang sesuatu jangan buat". Tidak rugi berguru serta belajar. Bila ada ilmu wajib mencuba. Masih banyak yang perlu saya pelajari walaupun hanya bisnes "dropship". Semoga saya bertambah bersemangat untuk menimba ilmu online.
**********************************************************************************************
Gambar: Google
Assalammualaikum.
Bila kita sebut bisnes tanpa modal mungkin pelik. Tetapi bila sebut bisnes "dropship" ramai kini telah membuka mata serta minda tidak terkecuali saya. Di saat saya kekurangan modal pusingan dan kelemahan yang tidak tahu memandu, saya tercari-cari bisnes tanpa perlu keluar rumah. Tetapi pada masa itu saya tiada pendedahan mengenai bisnes "dropship". Walaupun ada yang "offer" untuk bisnes ini. Saya menolak. Ini kerana pada saya tiada bisnes tanpa modal. Malah tidak kurang juga di takut di tipu.
Sehingga saya bertemu dengan ABDR. Di sini saya di bekalkan 4 ebook. Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes memberi saya pendedahan mengenai bisnes "dropship". Malah saya juga di beri pendedahan lebih serta di beri peluang untuk mengajukan soalan tentang bisnes "dropship" ini kepada Cikgu Anys Idayu Zakaria. ABDR juga memberi saya pilihan untuk bisnes "dropship". Dropship Produk Makanan adalah pilihan saya. ABDR juga memberi saya peluang "dropship" ebook keluaran ABDR.
Bila saya sudah mempunyai pengetahuan dan sedikit pengalaman barulah saya cuba melangkah ke fasa yang baru. Saya menjadi agen "dropship" Buku Mudahnya Menjemput Rezeki dan Kain2 Cotton gred AAA. Alhamdulillah dengan rezeki bisnes"dropship" ini, saya juga mendapat modal pusingan untuk bisnes saya pula.
Antara kelebihan lain saya tidak perlu ke Pejabat Pos untuk penghantaran barang. Saya cuma hubungi pembekal untuk "confirm stok". Ada juga pembekal saya akan kemas kini produk setiap minggu untuk memudahkan agen seperti saya. Maka saya juga akan kemas kini produk saya setiap minggu. Masa saya bersama keluarga juga tidak terjejas. Semua urusan "dropship" hanya diatas talian internet.
Alhamdulillah, dengan ilmu pengetahuan yang saya dapat ini saya mula melangkah ke hadapan dengan yakin. Saya sering berpegang kepada prinsip "Jika tiada ilmu tentang sesuatu jangan buat". Tidak rugi berguru serta belajar. Bila ada ilmu wajib mencuba. Masih banyak yang perlu saya pelajari walaupun hanya bisnes "dropship". Semoga saya bertambah bersemangat untuk menimba ilmu online.
Email: norlizatomiran@gmail.com
SMS: 012-243159
**********************************************************************************************
Norliza antara salah seorang barisan Pengurus Online ABDR yang sangat konsisten. Beliau tahu apa yang dimahukan, fokus dalam menjalankan bisnes yang dijalankan.
Untuk kalian yang mahu belajar menjadi pengurus online ABDR, boleh mula mendaftar melalui kelas online blog ABDR. Kami akan ajar cara-cara untuk membina blog rakan niaga, dan belajar berkongsi dan menulis di blog. Mula kumpul dulu pembaca dan bakal pembeli. Kemudian baru belajar pula bagaimana blog tersebut blog jadi salah satu sumber dapat hasilnya.
Tuesday, 4 November 2014
Pengalaman Bisnes Dropship
Teks:Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar : Google
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberikan kesempatan untuk
bernafas di muka buminya yang Maha Kaya ini. Hari ini saya suka untuk
menceritakan serba sedikit pengalaman saya menjalankan bisnes dropship pada awal
tahun 2013 yang lalu.
Pada awal pertengahan tahun 2013, saya mula
terfikir untuk cuba keluar daripada zon selesa. Mahu menjual sesuatu yang tak
pernah saya jual sebelum ini. Setelah meneliti secara pasti, maka saya memilih
beg sebagai pilihan bisnes dropship saya. Pada permulaannya saya agak kaku juga
mengenangkan diri tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam bisnes dropship ini.
Tetapi, berkat perkenalan saya dengan seorang pemborong beg yang sangat baik
hati di facebook, tidak jemu memberikan tunjuk ajar dan selok belok dunia
bisnes kepada saya membuatkan saya semakin bersemangat dan teruja untuk
memulakan karier saya sebagai seorang peniaga beg online. Di situ saya belajar
banyak perkara daripada beliau.
Saya ingat lagi ketika di awal
permulaan perbualan kami, saya bertanyakan kepada beliau “ Apa itu bisnes
dropship? Bagaimana nak melakukannya? Apa yang perlu saya buat? Bagaimana
proses jual beli dan kaedah pembayarannya? ".
Ya, itu dia!
Satu-persatu soalan saya ajukan
kepadanya dan seperti biasa beliau akan menjawab setiap pertanyaan saya dengan
tenang dan sehabis baik. Beliau menjelaskan bahawa perniagaan dropship ini
sangat mudah dilakukan kerana peniaga dropship atau lebih dikenali sebagai ‘agen
dropship’ tidak perlu menyimpan stok dalam tangan. Hanya tolong jualkan sahaja.
Agen dropship akan dapat komisen untuk setiap barangan yang berjaya terjual. Di bawah saya sediakan gambarajah untuk gambaran yang lebih jelas kepada anda.
Carta Dropship
Jika ada pelanggan yang mahu
membeli beg, segala urusan jual beli termasuk pembayaran adalah di antara agen
dropship dan pembeli. Pemborong hanya bertindak sebagai pihak yang akan membuat
pengeposan sahaja. Sebagai seorang agen dropship, saya aktif mempromosikan beg
di setiap group perniagaan yang ada di facebook. Alhamdulillah, sambutannya
ketika itu amat menggalakkan. Saya semakin teruja! Mendapat komisen untuk hasil
jualan pertama benar-benar menggembirakan hati saya. Daripada situ saya mula
mengenali dan memahami ragam pembeli online dengan lebih dalam lagi. Ada yang
mudah urusan jual belinya dan tak kurang juga ada yang agak sukar. Tetapi,
berkat kesabaran dan tolak ansur kedua-dua belah pihak, maka segala masalah
dapat diatasi dengan baik. Kami saling tidak mengenali antara satu sama lain
tetapi atas dasar kepercayaan, maka berlaku lah akad jual beli antara saya dan
mereka. Alhamdulillah dan terima kasih saya ucapkan atas kepercayaan yang
diberi.
Begitulah serba sedikit coretan pengalaman
saya sebagai seorang agen dropship. Suka saya ingin memberitahu kepada mereka
yang mahu dan berminat untuk memulakan perniagaan tapi tidak tahu bagaimana
caranya, bisnes dropship adalah jawapannya. Timba pengalaman sebagai agen
dropship terlebih dahulu sebelum berdikit-dikit naik menjadi pemborong/pembekal pula.
Cukup mudah dan tidak perlu pening kepala mahu keluarkan duit beli stok
barangan. Sangat sesuai dijalankan secara sepenuh masa mahupun secara sambilan.
Akhir kata, saya ucapkan selamat
maju jaya kepada yang baru mahu bermula ataupun sudah lama berkecimpung dalam
bisnes dropship ini. Anda adalah yang terbaik dalam kalangan mereka yang terbaik.
Assalamualaikum.J
Subscribe to:
Posts (Atom)

