Teks:Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar:Sumber Google
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu untuk semua.
Alhamdulillah. Pagi yang gelap kini sudah terang. Masa untuk memulakan tugasan
seperti biasa. Entri di blog sudah siap di update, untuk kertas kerja pula
bakal dimulakan tepat jam 8.00 pagi nanti. Sejak 2-3 hari ini, mata dan fizikal
khususnya di bahu kanan sedikit kurang cergas. Segala tugasan tidak dapat
dilakukan pada waktu malam. Lenguh sepanjang malam tapi akan kembali pulih
menjelang pagi. Jika nak dibandingkan ketika zaman belajar di UITM dahulu,
kunci jam pukul berapa sekalipun, saya mampu bangun. Tapi sekarang, payah
sungguh. Kadang-kadang tak terbangun langsung. Haru jiwa dibuatnya.
P/S: Bercita-cita mahu menjadi seorang yang berdisiplin,
konsisten, sabar, tidak cepat putus asa dan banyakkan berdoa serta bertawakal
kepada Allah dalam melakukan apa jua jenis pekerjaan yang diamanahkan. InsyaAllah moga Allah permudahkan. Aamiin. :)
No comments:
Post a Comment