Tuesday, 24 September 2013

Hukum Sengaja Tidak Mahu Membayar Hutang

Teks : Siti Nornaziha Binti Md Suib
Sumber : Google

Assalamualaikum. Hari ini saya tertarik untuk mengulas satu isu yang agak popular buat masa ini dalam kalangan masyarakat di Malaysia iaitu berkenaan dengan isu Hutang. Tumpuan utama dalam isu hutang ini ialah apakah hukum bagi orang yang sengaja tidak mahu membayar hutang? Saya pasti isu ini pernah membelenggu diri anda semua semua satu ketika dahulu ataupun mungkin sedang dialami ketika ini.


 Mari kita meneliti dan memahami isu ini dengan lebih mendalam buat renungan dan pedoman bersama.


Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :

    i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
    ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.
    iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
    iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasul S.A.W.
  Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya).

2 comments:

  1. sy hutang PTPTN ni bertimbun-timun. bayar tak surut jugak ..adeh. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa sis. Bayar ikut kemampuan diri. Berbelas ribu banyak tu. Memang akan ambil masa. Huhuhu. =D

      Delete