Thursday, 29 January 2015

Manusia Istimewa Di Sisi Allah

Teks : Siti Nornaziha Md Suib
Gambar : Sumber Google

Assalamualaikum dan salam ceria di pagi Khamis ... :)



Hari ini saya suka nak bercerita tentang sesuatu. 

Tentang apa? 

Kehidupan.

Kita sebagai manusia seringkali melihat masalah itu sebagai hal yang membebankan. Tapi sedarkah kita bahawa yang memberikan cabaran, masalah dan dugaan maha hebat itu adalah Allah s.w.t? Apabila kita tidak menerima takdir yang Allah dah takdirkan untuk kita dengan mengatakan bahawa Allah itu tidak adil, itu bererti kita jugak menolak hakikat kewujudan Maha Pencipta serta terlupa atas dasar apakah kita Ini MANUSIA diciptakan di atas muka bumi in. Tiada lain melainkan menjadi khalifah Allah untuk saling membimbing sesama kita bagi menuju ke arah kebaikan untuk mendapat keredhaan-Nya di dunia serta mendapat syafaat di akhirat kelak. Aamiin


" Kenapa ya setiap orang dijadikan Allah dengan bentuk fizikal yang berbeza-beza? Sifat dan sikap yang turut berbeza? Kalau sama mesti aman sahaja dunia ini. "


Kamu pasti ke apabila semua orang di dunia ni macam yang kamu fikirkan,dunia ni akan aman? Kita ambil perumpamaan kecil. Adik beradik kembar sebagai contohnyaMereka terdorong untuk punyai sikap dan sifat yang sama tetapi mengapa masih timbul hal saling membenci sesama sendiri, cemburu itu dan ini serta mampu melakukan apa sahaja asalkan dapat apa yang diingini?

Maka di sini lah yang Allah nak tunjukkan kepada kita tentang kekuasaan-Nya menciptakan manusia dengan pelbagai watak dan gaya supaya kita belajar untuk menghargai dan bersyukur apa yang ada dalam hidup kita tika dan saat ini. Dalam masa yang sama menyuruh kita untuk belajar dan terus belajar, teroka dan terus teroka isi kandungan dunia yang maha luas ini supaya kita sedar bahawa hidup ini terlalu indah untuk disyukuri. Penuh ranjau dan duri untuk ditelusuri namun hasilnya nanti adalah sesuatu yang perlu anda kagumi sebagai seorang insan yang bergelar MANUSIA.



SUBHANALLAH ... :)


Terapi Jiwa Pada Hari Ini :  

" Kalau Allah tak sayangkan kita,kenapa kita masih lagi hidup hingga kini? Dengan keadaan fizikal dan mental yang sempurna, hidup pun bahagia biarpun secara bersederhana. Ingatlah, apa yang Allah dah takdirkan untuk kita sememangnya adalah yang terbaik untuk kita. Cuma kita sahaja yang tak sedar dan sering kufur nikmat. Nak bolot semuanya sampai terlupa yang ada di belakang. "

p/s : Ingat dari mana datangnya kita, sentiasa ingat asal-usul kita sebelum lahir ke dunia supaya kita tak lupa untuk bersyukur atas segala nikmat kurniaan-Nya... 

No comments:

Post a Comment