Thursday, 2 January 2014

Siap 44 Entri Untuk Kelas Online !

Teks:Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar:ABDR


Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah, sekarang sudah 2 Januari 2014. Sungguh cepat masa berlalu. Rasanya macam baru je masuk tahun 2013 rupanya sudah setahun berlalu. Banyak pengalaman suka duka yang dilalui sepanjang tahun lalu. Tahun 2013 pada saya membawa seribu satu erti kehidupan yang sebenar. Jatuh terduduk seperti sudah sebati dengan diri ini. Putus asa, lemah tak berdaya, sedih menjadi peneman setia yang tak berbelah bahagi. Terkadang rasa sedikit kecewa di hati, kenapa saya yang dipilih untuk melalui semua kepayahan tersebut? Saya tak kuat, kenapa saya yang harus menjalani semua ujianNya? 

ALLAH ! 

Berdosa sungguh saya apabila mempertikaikan kekuasaan dan hikmah Allah. Ketika saya sedang mengalami keadaan tersebut, segera saya kembali kepada fitrah kejadian manusia dan alam semesta. Allah menjadikan saya di muka bumi ini dengan bersebab. Tidak lain adalah untuk menjadi khalifah yang terbaik kepada manusia yang lainnya selain menjadi hamba yang solehah untuk mendapat keberkatan baik di dunia mahupun di akhirat jua. Kini, saya sudah bangkit menjadi orang baru. Mahu jadi manusia yang tabah hati. Tidak mudah menyerah kalah walau berhadapan dengan apa jua situasi sukar.


Selain itu juga, hati ini begitu teruja dan sangat gembira kerana akhirnya misi 44 entri di dalam Kelas Penulisan Asas Blog & Fanpage telah selesai! Alhamdulillah. Masa yang diambil cukup lama. Hampir setengah tahun juga. Apa yang saya pelajari dan dapati daripada kelas online ini adalah untuk menjadi seorang penulis blog, haruslah punyai disiplin diri yang tinggi dan konsisten dalam setiap tugasan yang diberi. Sesiapa sahaja yang mengikuti kelas online ini umpama sedang mengikuti satu kelas rasmi berkenaan etika dalam penulisan. Kosa kata, penanda wacana dan penggunaan tatabahasa yang betul merupakan salah satu ciri penulisan yang sebenar. Ada pantang larang yang perlu dipatuhi untuk menjadi seorang penulis yang hebat. Saya rasa sangat bersyukur kerana ditemukan dengan beliau. Selepas ini, lebih banyak lagi peluang yang sedang menanti. Harus digunakan sebaiknya untuk menempuh dunia luar yang serba mencabar ini.

Akhir kata dari saya sebagai seorang alumni pelajar Kelas Asas Penulisan Blog & Fanpage di bwah kendalian Puan Masayu Ahmad yang juga merupakan Pengasas kepada kelas tersebut, saya amat berterima kasih kepada beliau atas segala tunjuk ajar yang diberi sepanjang saya berada di dalam kelas. Penerangan yang diberi cukup lengkap. Akan saya jadikan panduan dalam penulisan entri akan datang. InsyaAllah. :) 

No comments:

Post a Comment