MELANGKAH SETAPAK DENGAN BERBLOG
Teks: Norashikin Said
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum kawan2 dan bloger2…
Alhamdulillah atas rezeki dan nikmat yang Allah berikan kepada kita.Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan dibukakan seluas-luasnya pintu rezeki dan rahmat kepada kita. Definisi blog pada pandangan saya ialah satu laman yang menempatkan tentang topik-topik berdasarkan minat dan kemahiran seseorang blogger.Blog juga untuk menzahirkan apa yang dirasakan di dalam diri seseorang. Boleh juga dikatakan sebagai terapi diri (diari online).Bukan sahaja boleh berkongsi maklumat dan info malah boleh menjana pendpatan dengan berblog.Zaman sekarang semua maklumat hanya dihujung jari sahaja. Bisnes online sudah menjadi fenomena luar biasa pda masa kini lantaran dengan permintaan dan kemudahan internet yang semakin meluas.Apa salahnya peluang yang ada di depan mata dimanfaatkan dengan berbisnes sakaligus dapat berkongsi tips kecantikan dan kesihatan untuk para ibu dan jelitawan diluar sana.Mana tahu 2tahun lagi saya mampu menjana pendapatan 5angka dan menjadi WAHM kan.Insya Allah, doakan impian saya menjadi kenyataan yer.
Terdetik dihati nak buat blog sejak menjadi ahli Shaklee lagi.Ini salah satu cara nak meluaskan empayar SHAKLEEku sebab ramai yang berjaya menjual produk Shaklee melalui blog masing-masing. Perasaan berkobar-kobar memang ada tapi turun naik jela.Kejap rasa nak buat kejap rasa malas dan tidak cukup masa.Macam-macam alasan bermain difikiran kan.Negatif sungguh pada masa itu. Bermula sungguh-sungguh nak buat blog pada bulan 6 hari tu.Masa tu saya nak cuba buat sendiri tanpa pertolongan atau tunjuk ajar sesiapa. Bajet pandai sangat la kan.Saya cuba google cara buat blog dan memang banyak panduan yang saya perolehi tapi bila saya cuba buat sendiri berpandukan maklumat dalam google saya rasa susah dan ambil masa lama untuk siapkan blog.Saya tekad nak upah orang buat blog saya. Saya sudah berkenan dengan satu company ni yang boleh menghasilkan blog yang saya inginkan.Harga untuk upah buat blog ni RM280 tapi terma dan syarat pulak buat saya susah nak beri komitmen. Akhirnya terkubur macam tu sahaja.
Bermulalah terdetik di hati untuk mengikuti kelas asas blog ni apabila nisa nua merangkap kawan sekolah lama dan kawan FB saya yang menganjurkan kelas ini. Pada mulanya saya hanya membaca status dalam facebook mengenai kelas ini.Setiap status yang nisa tulis pasti saya baca sebab saya suka gaya penulisan nisa yang santai dan bersahaja seperti ada magnet pada penulisannya.Makin lama makin ramai yang masuk sehingga saya terlepas yuran promosi rm130 pada bulan Jun.Tak boleh jadi ni saya mesti mula buat blog dan makin lambat harga pasti naik dan tak kan nak tunggu dan tengok sahaja.Pada 19 Julai 2013 tangan ni ringan je untuk mesej nisa bertanya pasal kelas asas blog.Sebelum itu, saya tanya pendapat suami saya akan niat untuk masuk kelas asas berblog.Mula-mula hubby ingat kene datang ke kelas tiap2 minggu tapi selepas saya terangkan hanya perlu 100% Online sahaja jadi dia pun setuju.Yang bestnye Kelas Online bawah Nisa ni kita tiada had masa yang ditetapkan tapi kalau cepat hasil cepatlah menuai kan.Masa untuk buat blog pun mengikut masa terluang dan sangat fleksible. Selain dapat menjana pendapatan dengan berblog dapat juga membaiki hasil penulisan saya yang tunggang terbalik ni.Dah lama rasanya tak menulis karangan panjang macam ni.Takpe dari berblog ni juga saya dapat meningkat kan gaya penulisan saya nanti. Yuran serendah Rm150 dengan percuma 2 Ebook memang sangat berbaloi dengan ilmu dan panduan yang saya dapat dalam menghasilkan blog yang berkualiti.Bukan itu sahaja, peserta kelas blog akan di invite ke secret grup Belajar Asas Blog.Di samping dapat menambah kenalan baru terdapat juga info-info dan tips yang boleh kita perolehi sebagai persediaan untuk mejadi WAHM.Jangan takut melangkah setapak kerana kejayaan bermula dengan keberanian langkah anda. Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran KELAS ASAS BLOG boleh terus ke link http://khairunnisahamzahara.blogspot.sg/2013/06/kelas-belajar-asas-membuat-blog-dan.html
No comments:
Post a Comment