Gambar : Naziha Collections
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk bernafas di bumi Allah yang Maha Kaya ini. Hari ini saya nak bercerita perihal pengaruh blog terhadap perniagaan kita. Ramai yang berpendapat, nak buat blog susah, tak pandai, tak ada masa dan lain-lain lagi. Bak kata cikgu saya, "kita yang uruskan masa, bukan masa yang menguruskan kita. Kalau tak pandai, belajar daripada yang pakar. InsyaAllah, semuanya akan jadi mudah. Pada awalnya, saya juga sukar untuk fokus, tapi lama-kelamaan saya cuba untuk konsisten dengan apa yang saya mahu capai. Alhamdulillah, akhirnya membuahkan hasil. Perlu usaha lebih lagi jika mahu blog berada di tangga teratas carian di Google. :)
Tiga minggu lepas, saya dapat mesej di laman facebook oleh seorang pelanggan. Saya tak pernah terima order pelanggan daripada blog sebelum ini. Kebiasaannya daripada laman facebook sahaja. Terkejut juga apabila beliau menyatakan yang beliau menjumpai blog saya dan mengatakan mahu beli "kids backpack" untuk anaknya. Alhamdulillah, berbaloi usaha saya untuk mempromosikan blog perniagaan saya di alam maya ini. Terima kasih kepada ahli keluarga ABDR terutamanya cikgu Masayu Ahmad dan cikgu Anys Idayu atas tunjuk ajar yang diberikan. Memang berbaloi-baloi!
Jika berminat mahu menyertai keluarga Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), boleh hubungi saya di:
Facebook : Siti Nornaziha
SMS/WhatsApp : 019-7241572
Pengurus Online ABDR
No comments:
Post a Comment