Friday 21 November 2014

Kek Coklat Moist (Juha's Bakery)

Teks : Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar :Juha's Bakery

Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah, di pagi Jumaat yang indah ini marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke atas ilahi atas kurniaan nikmat yang diberikan. Syukur kerana kita masih diberikan nafas untuk terus menikmati bumiNya yang Maha Kaya ini.

Hari ini saya nak bercerita sedikit berkenaan program Jejak Bisnes Usahawan yang saya lancarkan bar-baru ini. Kira-kira dua minggu lepas saya sempat berkunjung ke rumah seorang sahabat yang saya kenali daripada sekolah rendah lagi. Nama dia Noornajuha Binti Samsuri. Saya panggil dia Juha sahaja. Ini dia orangnya.


Dia memang seorang anak muda yang sangat meminati bidang pembuatan kek dan biskut. Saya dah beberapa kali rasa hasil tangannya. Memang sedap terutamanya kek coklat moist. Kali terakhir saya merasai kek coklat buatannya ketika di Tingkatan 6 dulu sekitar tahun 2008. Saya minta dia buatkan saya kek moist sama macam dia pernah buat ketika di Tingkatan 6 dulu. Saya sangat suka kek coklat hingga tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. 

Kek Coklat Moist 
Ini dia! Memang sangat sedap. Sekali makan pasti nak lagi. Teksturnya sangat lembut. Adik lelaki saya memang jarang memuji. Tapi hari itu dia boleh cakap " Ini Kak Juha buat ke? Memang sedap. Kalau jual kat kedai memang laku keras ". Huhuhu.

Ketika Hari Raya Puasa yang lepas, Juha ada bagi saya biskut coklat chips dan tat nenas untuk santapan saya sekeluarga di rumah. Saya memang penggemar coklat. Apa lagi, memang habis biskut coklat chips itu saya habiskan seorang diri. Hehehe.

Di bawah ini adalah di antara produk lain yang dihasilkannya :











Ha macamana? Nampak menarik bukan? Kalau anda berminat mahu mendapatkannya, bolehlah menghubunginya terus melalui laman facebook nya di Juha's Bakery

Sekian. Wassalam. :) :) :)




No comments:

Post a Comment