Saturday 15 November 2014

Pengenalan Program Jejak Niaga Usahawan

TEKS : SITI NORNAZIHA BINTI MD SUIB
GAMBAR : SITI NORNAZIHA BINTI MD SUIB


Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah, di pagi Sabtu yang indah ini, Allah masih beri kesempatan kepada saya untuk menulis di blog ini dengan gembiranya. 

Hari ini saya suka nak bercerita tentang program baru anjuran saya sendiri iaitu Program Jejak Bisnes Usahawan. Program ini saya wujudkan atas inisiatif saya sendiri apabila melihat ramainya dalam kalangan sahabat dekat dan jauh ramai yang memiliki perniagaan sendiri sama ada secara online mahupun online. Objektifnya tidak lain hanya mahu menyokong produk yang mereka hasilkan dan dalam masa yang sama mahu orang di luar sana sedar bahawa berniaga baik secara online mahupun online juga mampu memberi keuntungan lumayan jika kena pada caranya, gigih, cekal dan tak mudah berputus asa.

Sebahagian bisnes sahabat saya. Akan ditambah dari semasa ke semasa.

Ada yang jual produk Biskut & Kek, ada yang buat perkhidmatan inai (henna) dan ada juga yang menghasilkan produk tani seperti penanaman cili padi dalam skala yang besar. Macam-macam ada. Selain dapat mengeratkan silaturahim sesama kita, saya juga dapat melihat betapa kuatnya jiwa berniaga dalam diri mereka apabila tabah mengharungi setiap liku-liku perjalanan sebelum bergelar usahawan berjaya.

Sengaja saya komersial kan untuk memperlihatkan bahawasanya potensi produk mereka juga mampu ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Tak sabar rasanya mahu menjejaki sahabat yang seterusnya. Sehingga kita bertemu lagi di lain waktu ya. Assalamualaikum. :)



No comments:

Post a Comment