Monday, 3 November 2014

Ulasan Entri 45

Ulasan Entri 45

Sumber: http://nazifahjamil.blogspot.com/2014/08/ulasan.html
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA selesai sudah tugasan-tugasan yang diberikan oleh Akademi bekerja Dari Rumah iaitu saya berjaya menyiapkan 44 entri seperti mana yang telah ditetapkan. Bersyukur sekali lagi kerana diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan seharian dan masih terus bernafas di muka bumi ini. Selama 4 bulan saya di ABDR, Alhamdulillah saya sangat berpuas hati kerana kelas yang dijalankan secara fleksibel. Tiada had masa yang ditetapkan, di mana saja boleh menulis, yang penting ada internet.

Terima kasih di ucapkan kepada guru bimbingan saya iaitu Puan Masayu Ahmad selaku pengasas ABDR. Beliau banyak membantu saya, menjawab soalan saya tanpa jemu bertalu-talu di FB dan memberi kata semangat. Apa yang saya dapat daripada ABDR ini ialah dari segi menulis, InshaAllah tiada masalah. Kerana telah dilatih menulis sebanyak 44 entri. Cuma teknik-teknik yang lain seperti pautan dengan rakan-rakan blog, label, kategori, cara mencantikkan blog dan lain-lain lagi masih belum mahir dan saya perlu belajar lagi. Lagi pun saya perlu fokus menulis 44 entri dahulu, kata Puan Masayu.

Adakalanya bila masa terluang, saya membaca beberapa blog rakan-rakan yang lain. Seronok membaca kisah hidup orang lain. Walaupun kehidupan semua orang tidak sama, tetapi apa yang saya lihat matlamat kebanyakan rakan ABDR majoriti semuanya sama iaitu ingin menjadi Work at Home Mom (WAHM). Rata-rata semuanya ingin menjadi housewife fulltime. Begitu juga saya. Hanya wanita sahaja yang memahami wanita. Naluri dan fitrah semulajadi wanita ialah kembali ke rumah dan anak-anak. Dan itulah yang disyariatkan oleh Allah. Semoga impian kita semua tercapai, Aamin. Niat yang baik disusuli dengan usaha yang gigih pasti Allah tolong. InshaAllah pasti ada jalan.

Akhir kata, semoga saya terus konsisten dalam ABDR, berjaya mencapai impian saya, diberi rezeki yang luas serta ilmu yang bermanfaat untuk diri sendiri dan dapat berkongsi diblog ini untuk orang lain. Terima kasih sekali lagi kepada Puan Masayu Ahmad kerana mencetuskan ABDR. Semoga usaha beliau diberkati Allah, Aamin. Harapan saya agar ABDR ini terus maju kerana dengan adanya ABDR ini para suri berkongsi masalah, impian dan matlamat yang sama.

~Salam ukhuwah

No comments:

Post a Comment